Kenapa berkebun

Sesi throwback Thursday kembali lagi. 

Hari Jumaat lepas, ammi bekerja uolls.  Alhamdulillah, bekerja untuk 95% terakhir untuk file yang bagi tekanan perasaan untuk ammi dan boss ammi.  Ahaks.  Memula ammi ingat ammi je tertekan, rupanya boss pun sama.  

Balik je kerja, masuk kereta terus ammi cakap "baaaaa, awak tau kitorang dah tak payah buat blablaba...".  Bercerita penuh perasaan sebab weiiiii ammi rasa file ni antara punca ammi hilang mood nak berblog.  

Pastu Jumaat tu adalah naik kat memori Facebook tentang apa yang berlaku 5 tahun lepas.


MC seminggu lepas buat prosedur jantung berakhir.  Marilah masuk kerja.  Gigih ek update apa ko masak kat FB walaupun takat sandwich gitu-gitu je.




Dan alamakkkk masuk pulak Farmville buddy ammi bagi komen.  Ammi ni tak tau dia orang apa sebenarnya tapi kami rapatlah di coop kami di Farmville.  Dia pindah co-op mesti ajak ammi sekali.  Saling bantu membantu gitu.  Dan masalahnya tiap kali kalau dia ada sekali bermain ammi rasa macam tengah main dengan The Rock, Dwayne Johnson sebab kalau dia tukar gambar profile tu pun balik-balik dia pilih muka The Rock.

Sekarang, ramai kawan-kawan Farmville yang ammi dah remove dari friendlist sebab kami pun dah tak aktif main, tak aktif berborak.  Nak-nak bila dorang bukan orang Malaysia kan...kita remove jelah.  Last sekali ammi join group coop Indonesia tapi alamakkk tuan, account ammi kena hack pulak.  Sudahnya uninstall jelah terus game yang main sejak tahun 2013 ni.

Post a Comment

0 Comments