Semalam ammi off. Tak ambil cuti mahupun MC tapi off. Hari Isnin ke office macam biasa tapi memandangkan jadual kerja kami agak selesa minggu ni dan ammi pun kurang sihat jadi boss kata "you don't have to come in tomorrow". Nikmat mana lagi yang perlu kau dustakan Sharmila.
Eh macam tau-tau je kita kat rumah, sinus ni menyerang pulak. Jadi sakit-sakit bawah mata, atas mata, gigi semua. Geram tau. Dah makan ubat, spray hidung pun tak surut juga.
Tapi ammi tetaplah masak. Pagi lepas hantar Alip ke sekolah ammi dah defrost daging. Rasa macam dah lama je daging tu kat dalam fridge. Pastu buatlah sarapan sikit untuk abah sebelum dia keluar.
Buat mihun sup guna meatball je lah. Sayur pun takde, jadi kita taburlah lebih sikit frozen chinese celery and spring onion.
Lepas tu untuk daging tu, ammi guna teknik 5-30-7 tu untuk lembutkan daging. Dan lepas tu marilah masak kari daging. Ini first time ammi masak kari daging sebab selalunya kalau nak jadi kari kami lebih prefer mutton.
Dijadikan cerita, ammi start betul-betul pandai makan daging lembut masa ammi kat U. Kat dewan makan ko tak ada pilihanlahkan. Apa DM masak ko makan jelah jangan banyak songeh. Paling koman pun ammi gi kat abang DM tu mintak gorengkan telur dadar. Mujur juga masa zaman ammi di U ammi tak pernah jumpa lauk ikan keli. Sekarang ni semua DM ada sediakan ikan keli. Kalau ada confirm setiap kali ikan keli ammi kena ngendeng mintak telur kat abang DM.
Kat rumah dulu tak makan daging lembu sebab arwah mama alergic. Arwah aca penah je belikan daging untuk raya, tapi mama pegang je daging tu terus naik rashes teruk kat badan. Rashes gatal-gatal satu hal dia jadi macam blister pun satu hal lagi. Sudahnya ammi pun tak ingat apa jadi dengan daging lembu tu. Nak bagi jiran, jiran dulu semuanya Hindu. Entahhhh tak ingat. Yang ingat mama demam sehari sebelum raya sebab DAGING!.
Ammi guna jelah cara sama masak kambing. Daun kari pun alahai kat pokok tu. Macam kena serangan serangga kot..berbintik-bintik kat belakang daun. Jadi satu hal pulak ammi berdiri kat sinki tanggalkan bintik2 tu dari daun.
Nak buat sambal belacan, limau pulak takde. Jadi kita buat sambal gesek jelah. Goreng juga sesuatu yang ammi pun taktau ikan masin ke, ikan bilis gergasi ke ntah. Adik ipar ammi yang bagi, tapi lepas basuh dan goreng memang jadi tawar jelah. Rupa dia sebijik macam ikan bilis tapi besar.
Lepas makan marilah santai-santai. Panas sungguh cuaca semalam. Tu yang tajuk pun jadi "semalam yang hangat". Ahaks. Ammi layan jelah secara marathon drama Bahagia Yang Tertangguh. Lagi sikit nak habis. Sakit eh hati dengan perangai suami, ipar duai yang macam shialllll itu. Ehhhhh saya tak mencarut. Saya tercakap je camtu.
.png)
.png)
.png)


0 Comments