Isnin lepas ada majlis Watikah Perlantikan disekolah Alip.
Ada sekali tu ammi balik kerja dia sambut depan pintu pastu terus dengan bangganya cakap "Ammi, ammi tau tak tadi ustazah cakap Alip pandai". Katanya, ustazah tanya kenapa dia tak jadi pengawas sebab tengok ciri macam dia layak. Pastu jawapannya, dia dah apply tapi cikgu disiplin kata permohonan dah tutup. Jadi dia pun takdelah mohon lagi.
Pastu sebenarnya untuk tahun 6 ni masa awal tahun haritu pelajar lain yang dipilih untuk jadi ketua kelas.
Tiba-tiba eh dia dapat pulak sijil watikah ni.
Ammi: Alip kata haritu kawan lain yang jadi ketua kelas.
Alip: Aah tapi Ustazah (guru kelas) dah tukar. Ustazah pilih Alip.
Ammi: Kenapa? Kawan tu tak marah atau sedih ke?
Alip: Tak tau tapi dia macam tak suka je jadi ketua haritu.
Entahlah...harap-harap cikgu dah berbincanglah sebelum tukar ni. Hati manusia kita taktau kan..
Pastu mentang-mentang rumah kami sentiasa berada di dalam zon merah denggi...
Apalah agaknya tugas skuad denggi di sekolah ni ek?
Kalau kat rumah tugas dia memang sentiasa dengan raket letrik. Kiranya dia je yang rajin charge raket tu, dia yang setiap kali sebelu makan akan cuba libas nyamuk bawah meja makan or di dapur. Masalahnya ammi pun taktau celah mana datangnya nyamuk ni. Nak kata rumah penuh barang, mcm kosong je rumah ni.
Apa pun jawatan yang disandang, jawatan bukan sekadar jawatan. Jawatan datang bersama tanggungjawab! Ini gambar untuk para ketua dan penolong ketua kelas atau squad denggi pun ammi taktau. Asal nampak gambar anak sendiri kita save jelah.
.png)
.png)
.png)


0 Comments