Harta Karun

Ammi ada satu kotak kecil yang ammi simpan segala badges ammi.  Haritu masa dok cari jam besi lama (sebab si anak bujang yang diasrama tu sekarang ni heboh nak pakai jam besi pulak), ammi jumpalah kotak kecik ni.  

Setakat ni, inilah nametag paling lama yang ada.  Nametag sekolah rendah mana pergi ntah.  Dulu-dulu memang semua pakai nametag jenis pin ni kan.  Mana ada nametag kain berjahit kat baju.


Mula dilantik sebagai pengawas masa Form 3 (tahun 1994), dan bermakna sudah 32 tahun usia nametag putih yang dah kepam ni.  Kalau manusia dah boleh ada 2-3 orang anak gamaknya.  

Masa itu ada kala ammi pakai 2 nametag sekaligus.  Satu lagi warna hitam sebab ammi juga Pustakawan.  Tamak jawatan sungguh.  Pengawas ko nak, pustakawan ko nak.  Kebiasaannya memang pakai yang warna hitam jelah sebab pengawas dah sah-sah ko tau sebab bajunya biru.  

Tapi nametag hitam tu perlu dipulangkan semula ke sekolah.  Entahlah dorang nak buat apa.  Disuruh pulang ya kita pulang.  Jadi tak adalah simpan kecuali yang ada gambar pada baju.


Masa gambar ni kan, ammi dan kawan-kawan ambil gambar dengan Joe Wings uolls.  Dia shooting filem apantah kat Lake Garden Seremban tu dengan Sasha Saidin.  Tapi malas pulak nak edit sebab kami semua tak bertudung plus gamba Sasha tu pun seksi kemain bajunya.

Itu je nak share, buat ada cerita kat blog sendu ni.

Post a Comment

0 Comments