Hari ini

Bangun tidur pagi ni tekak rasa perit sikit.  Minumlah setengah cawan air sebab kalau minum banyak nanti letih nak tahan shishi masa dalam bus.

Pagi buatlah juga bekalan untuk dimakan di office.  Haritu ada beli roti dan tuna.  Tapi bosanlah pulak makan tuna tu...harini nak makan telur.

Tapi sampai office pagi ni kita ambillah sebiji vitamin C dan dilutekan dalam air.  Beli tahun lepas tapi sampai tahun ni tak habis lagi.  Gitulah, bila sihat lupa diri.  Dah sakit baru terhegeh-hegeh nak pasang antibodi bagai.  Hmm


Auchhhh perit betul bila air ni lalu tekak.  

Lebih kurang pukul 11 camtu boss Whatsapp kata Tuan Hakim tak jadi bagi keputusan harini disebabkan masalah teknikal di server Mahkamah.  Jadi, boss pun pulanglah bersama dengan litigation bagnya dan ammi jemputlah bags dibawah dan dia terus balik rumah.  

Bila boss tak masuk office ammi nak buat apa?  Siapkan kerja sikit pastu kita lentokkanlah kepala di sofa.  Rasa nak demam tapi aishhhh janganlan demam.  Esok ammi kena kerja sebab ada yang perlu difailkan dan esok juga adik ipar ammi nak singgah hantar Awish.  Ammi kena babysit Awish hujung minggu ni sebab Umminya ada kursus di Port Dickson.


Lunch awal sikit sebab pagi tadi macam biasa minum nescafe O tanpa gula je.  


Hari Isnin haritu waktu stock up barang rumah di ST Rosyam jumpa roti ni jadi ammi ambillah satu untuk bekalan lunch seminggu di office.  Susah juga nak jumpa roti ni di kedai biasa.  Di laluan ammi ke MRT adalah MyNews tapi ammi perasan MyNews tak jual product Gardenia.  Dorang memang tak kawan eh?  


Beriya makan pakai fork and knife...poyonya kamu Sharmila.  Dalam telur tu ammi letak beans dan potongan ayam goreng.  Haritu ammi goreng ayam pastu simpanlah 3 ketul bahagian isi yang dah bergoreng dalam fridge untuk nak buat-buat rencah.

Boss kata boleh balik awal, tapi awal tu pukul berapa ek?  Nak tanya macam segan pulak.  Ahakss...tetiba je pulakkan ko segan ngan bos sendiri.

Post a Comment

0 Comments