Ada satu haritu, kakak ipar ammi call pepagi. "La, Sabtu ni ko ada gi sekolah Khilfi tak?". Soalan dia macam nak kirim sesuatu kat Khilfi. Bila kata tak ada terus ayat dia "Tolong Kak Chik masak La. Nak buat tahlil kita-kita je malam tu", katanya. Ok on.
Sebenarnya nak buat tahlil dan juga doa selamat untuk adik ipar ammi (mak dadek) yang akan dibedah kepalanya disebabkan oleh Aneurysm pada hari Jumaat (30.1.2026).
Pukul 12 lebih tengahari kami sampai rumah kak chik di Senawang sebab katanya nak mula masak lepas Zohor. Sampai-sampai moh le sambung kupas-kupas bawang, ubi sesikit pastu kita rehat jap. Kita lunch, zohor pastu marilah memasak. Gambar tak ada sebab manusia yang ada dalam rumah semua busy di luar rumah. Yang masak memang kak chik, ammi dan anak lelaki kak chik sorang. Terus terasa macam "diriku sangat berharga"...ahaks. Terus terasa macam chief assistant. Bukan chef...assistant je pun dah bangga gila. Ahakss
Awal-awal ammi dah reject untuk siang dan bersihkan ikan keli. Memang sushhhh kau dari hidupku. Ammi ambil part ayam. Siang, cuci, goreng semualah.
.png)
.png)
.png)
.png)


0 Comments