Hampir setiap hari ammi balik kerja ada je "perkara" yang anak dara ni buat. Ada sekali tu ammi balik ammi tengok dressing table ammi dah bersusun kemas elok, takde habuk.
Ada sekali tu pulak laci anak tudung dan spentot ammi dah tersusun cantik. Ada satu bekas atas dressing table dalam bilik Alip dah kosong (itu ngeri). Mana dia humban agaknya perkara-perkara dalam bakul tu ntah. Ada masa dia buat makanan yang dia nak makan.
Hari Jumaat lepas, ammi balik kerja nampak atas table top tu dia dah keluarkan butter bagai. Lepas dinner dia pun mulalah buat kerja dia. Kita biarkan jelah dia selagi dia tak seru nama ammi. Biasanya dia seru bila dia tak jumpa sesuatu je.
Masa benda ni dalam oven ammi macam "apa benda kakak buat ni kakak? Buruk je ammi tengok rupanya". Ahaksss mak dia ni pun mulut tak de insurans. "Don't judge, ammi" katanya. Hahahaha
Dia buat cream puff.
.png)
Ini hasil tadi yang buruk dalam oven selepas dibakar. Pastu dia buat filling dia dan tampal dua puffs ni. Hmmm sedap juga. Terbayang cream puff yang ada custard filling kat dalam tu. Gambar yang dah jadi tu takde pulak dalam phone ni.
Pastu hari Isnin haritu pulak, ammi balik Alip cakap "tadi minum petang kakak buat popia carbonara. sedap tapi Alip tergigit cili".
Alhamdulillah. Dah boleh harap dah anak dara ammi ni. Sekurang-kurangnya takdelah jadi penganggur terhormat yang tak mendatangkan hasil. Berasaplah extra waktu jugalah dapur abah ammi ni, plus rajin juga mengemas.
Ada sekali ammi tengok dalam tong sampah dalam bilik ammi dibuangnya bekas vaseline ammi. Ammi tanya kenapa buang, dia kata dah habis. Haiilahhh anak....awak tak membesar dalam keadaan pakai ubat gigi sampai kene potong korek-korek, syampoo rambut kena tambah air nak habiskan sampai ke last dropnya. Vaseline tu memang dah habis tapi kat tepi-tepi botol tu ada lagi nak oooiii. Jadi ammi pun kutiplah semula.
.png)
Bebel pulak ammi ni kan... ni lah hasil yang dah digoreng. Sedap. Alhamdulillah.
Tang memasak tu semua kita happylah nampak dia produktif. Yang kita risau bil letrik nanti sebab asyik kena bekerja dia oven tu.
.png)



0 Comments