Kisah Jumaat belum berakhir

Ini masih kisah di hari Jumaat lepas (7/11/2025).  Suka-suka hati je entry ammi kejap ke depan kejap ke belakang.  Tapi bukan ada orang kisah pun kan..

Lepas ammi selesaikan kerja sikit-sikit, sementara menunggu approval dari team (ni yang malas bila bekerja dengan team lain, kena sepakat semua kepala baru jalan), ammi pun masuklah dapur siapkan lunch.  

Awal pagi ammi dah defrostkan ikan.  Kononnya nak terjunkan je dalam baki kari ikan hari Selasa.  Abah masa seperiuk besar boleh tahan tau untuk kita bertiga.  Jadi kita recycle je selagi boleh.  Tapi kalau kari lagi lama kita simpan lagi sedapkan?

Tapi...kita goreng jelah.  Masa nak lumur dengan kunyit ehhhh kunyit pun tak ada.  Nak kena tukang masak ni tak top up barang bila dah habis.  Kita lumur jelah dengan serbuk kari ikan.


Letak bebanyak sikit serbuk barulah sodap.  Pastu berlambak-lambak daun kari kat freezer tu kita terjunkan juga.  Pokok daun kari depan rumah kena serangan ulat jadi kita tebang je.  Dah tak memasal kalau nak guna kena beli.  Kedai pun bukanlah jugal setangkai dua.  Banyak.  Jadi kita lurut daunnya, basuh sesiap dan simpanlah kat freezer.  


Ammi pun taktau ini beans goreng bersama ayam atau ayam digoreng bersama beans.  Beans tu tinggal 5-6 batang je.  Jadi ammi potong kecik-kecik biar dia nampak banyak, pastu gorenglah dengan ayam yang ammi marinate dengan serbuk garlic.  

Malam kami makan je kat luar sebab masa lunch memang ammi kerah untuk habiskan je lauk yang ada.  


Alip order nasi dan sup daging.  


Sedap sup dagingnya.  Abah ambil mihun sup tulang.  


Ammi order Mexican Chicken Burger.  Tapi dukacita.  Tak menepati selera sebab pattynya tebal tapi tak sedap.  Dah tinggi gitu mmg taklah ammi nak gigit.  Jadi ammi potong dan bila potong tu liat bukan main pattynya.  Macam ada campuran tepung gitu.  So fail disitu.  

Disebabkan itu saya tak sharelah nama kedai ini.  

Balik rumah, mohlah kita rendam pulut dengan kunyit.  Tapi ehhhhh lupa lagiii nak beli kunyit. Sudahnya ammi bilas je bekas letak serbuk kunyit tu dan masukkan air tu dalam pulut.  Tambahlah juga pewarna kuning sikit biar cantik warnanya.  Kalau tak karang pucat lesi je.

Post a Comment

2 Comments

  1. Setuju tu Ammi. Kalau masakan kari ke gulai ke masak lemak cili api ke, kalau disimpan esoknya makan lagi sedap sebab lagi pekat. Aduh, boleh pulang tukang masak lupa nak restock barang dapur ek. Lepas tu lupa pulak nak membelinya. Mujur Ammi kreatif lagi bijak pandai bilas bekas tu. Ada juga rupa warna kuningnya dari pucat lesi.
    Aa kecewanya kalau makanan di kedai tak menepati selera. Auto patah selera kita. huhu...

    ReplyDelete