Sebab tiap Khamis kita boleh buat segmen Throwback Thursday, maka marilah kita throwback apa yang berlaku 6 tahun lepas. Ammi pernah kongsi kisah ni di blog lama tapi tulah, blog tu dah lama 'diranapkan secara rakus'. Mujur juga Facebook rajin buat kerja dia.
Ammi mula dapatkan treatment di Jabatan Cardio Hospital Serdang sejak 2019. Sebelum doctor nak diagnose punca berlakunya abnormal rhythm jantung ammi, macam-macam test dorang buat dan finally ini device yang dipasang sehari dibadan ammi. Ko tidur, makan, solat, berjalan dengan dia. Cumanya masa benda alah ni terpasang kat badan ammi tak gi kayuh indoor bicycle macam biasa. Patutnya ammi kena buat kot ek barulah dia nampak camna lajunya degupan jantung ammi tiap kali ammi exercise.
Dan setahun kemudian agaknya baru makcik ammi baca posting ni di Facebook. Hahahha usah dipertikaikan kerja Allah. Tapi itulah, iman kami berbeza. Anak kedua makcik ammi ni yang Sam tu (abang sepupu ammi) adalah pemakai mechanical (artificial) heart valve sebab jantung abang sepupu ammi pernah berhenti masa dia belajar Medic di India dulu.
Boleh bayangkan tak perasaan mak ayah di Malaysia, bila dapat panggilan daripada kawan anak di India kata "anaknya dah tak ada". Dan sekarang ni setiap 4-5 tahun dia perlu gantikan artificial heart valve tu dan boleh je buat aktiviti macam biasa. Ammi pun taktau berapa usia abang sepupu ammi ni sekarang tapi yang pastinya lebih daripada 52 tahun sebab masa dia belajar kat India dulu pun ammi macam masih sekolah rendah lagi.
Sekian throwback kisah jantung "kami". Masalah jantung ammi dah dipulihkan melalui satu prosedur yang dipanggil Electrophysiology (EP) pada Januari 2020.

.png)



7 Comments
Semoga Ammi sihat sentiasa. That must be the most unforgettable memories..
ReplyDeleteHarap2 takde la masalah jantung kat Ammi...teringat menjaga Mak Pah lepas Bypass 2 kali di IJN..x sanggup nak hadap dah...
ReplyDeletesama macam makSu belah suami lah.. dia pun pakai macam abang Sam Ammi tu.. alhamdulillah, penyakit ammi berjaya dipulihkan
ReplyDeleteooo now only MZ knows that ammi pernah ada had a heart problem..alhamdulillah u have recovered. moga terus sihat sejahtera sentiasa.aamiin
ReplyDeleteKenangan yang tak boleh lupa tu.. semoga Ammi terus sihat.
ReplyDeleteArtificial heart valve pun ada ya... membantu sungguh buat yang ada masalah jantung.
semoga Ammi dan sepupu terus sihat , aamiin
ReplyDeleteI just knew about it. Moga baik² saja utk Ammi 🤲🏻
ReplyDelete