Semenjak bermulanya PDPR bulan May / Jun haritu Guru Besar sekolah anak-anak ada buat penghargaan secara bulanan buat anak-anak dan guru cemerlang sepanjang PDPR. 

Alhamdulillah.. pembukaan penganugerahan Khilfi dah set benchmark untuk kawan-kawan kelas dia. 

Khilfi Syahmi

Bila abang dapat anugerah, si kecik ni pun mulalah jealous. Ammi cakap, kalau nak dapat anugerah macam abang tulisan kena cantik, kerja sekolah kena siap awal, bila cikgu tanya soalan kena angkat tangan jawab. 

Khalif Syafiq

Akhirnya, September baru dia dapat jadi pelajar terbaik untuk kelas tahun 1 dia. Senyum sepanjang hari. 

Masa bagi gambar kat cikgu kelas Ozil, Ammi bagi dua pilihan gambar. Gambar yang ini dan yang latest selepas football training & match. Terkejut cikgu dia... 

Ehhh kenapa dah bertukar warna Khalif ni Puan? Saya guna gambar lama ye. 

Hahaha..kerentungan sudah anak ammi.

Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya


Alhamdulillah.. walaupun BERPDPR anak-anak masih berada dilandasan meskipun adakala tergelincir seketika.  Bila tergelincir, bangun dan naik semula ke landasan.  Insya Allah.