Awal Oktober dengan tidak disangka-sangka Syaz umumkan nama Ammi as one of the Top Commentator di blog dia untuk bulan September. Kalau diikutkan takdelah top sangat pun...level 2nd last out of 10 gitu.  Kalau kena panjat podium...sipi-sipi pun tak dapek.  Ammi kena ucap terima kasih kat Wheels of Name tulah rasanya sebab pilih nama Ammi.

Hadiah yang Syaz bagi sampai di office ammi hari Jumaat lepas.  Tapi sebab Jumaat tu ammi WFH, makanya masa boss ammi nak balik tu security tahan dia nak bagi barang...jadi dia bawak balik je hadiah tu.  Pagi Isnin baru dia bagi.  

"Hey..you've been buying so much online stuffs ha??".. kata boss.

Dan secretary durhaka ni jawab "... and i got that habit from you".


TQ so much Syaz for this lovely bag.  

Kyra kata..eh macam best je bawak bag ni pergi prep nanti.  Ewahhhhhhh