Five Power Defence Arrangements

Balik kerja semalam Abah jemput ammi dan kitorang ke belah-belah Subang Airport.


Abah nak bawak anak-anak tengok FPDA Flypast ni.  Layan jelah. Ammi bukan paham pun. Tengok jelah kat atas..

Sebelum tu singgah solat Asar dekat Masjid Lapangan Terbang Subang yang dikenali sebagai Masjid Hijau Subang Airport. First time ke situ..teruja ammi tengok kolah besar di bahagian wudhu Muslimah.


Jarang dah nampak masjid dengan kolah besar macam ni. 

Settle tanggungjawab geraklah ke tempat sepatutnya. Tempat terbuka dah penuh orang parking. Jadi kita cari port yang boleh minum-minumlah.  


Gembira hati si baju kuning dapat take over mangkuk tu dari ammi. Ehhhh ammi yang tak lunch dia yang over lapar. 

Tiba-tiba dengar bunyi jet tu.. Eh laju nau berdesup. Yelah takkan jet nak terbang lenggang mak limah pulak kan. 


Masa Kyra handover handphone ammi.. Ammi was like mana jetnya? This is what we call art katanya.. Cuba cari betul2. 

Hahahaha..terselit di celah dawai rupanya.


 Ini ammi screenshot dari video yang Ozil shoot. Memang laju berdesup tak sempat apa pun. Lagi pun banyak pokok kat kedai tu.. payah nak capture. 


Orang lain masih focus pandang langit kot2 muncul semula jet-jet itu... Tapi si baju kuning berlari ke meja fokus pada bihun sup dia. Hmmm


Dan ehhh..kantoi maknya juga malas nak berdiri lama-lama memandang langit.  Ozil masih setia pinjam handphone Abah & Ammi nak capture moments. Banyak gaklah videonya..tapi nampak jet besar-besar lalat je. 


Selamat baju ammi dia pakai. 


A shot with the family


Diseberang sana tiba-tiba muncul si pelangi. 


Kejap tu datanglah abang ipar ammi setelah habis kerja. Ntah mesyuarat apa anak beranak tu di tepi pagau. 

Hampir nak maghrib baru kitorang gerak balik. Cari port solat dulu sebab lepas tu nak gi cari dinner pulak. 

Kesimpulannya... Ammi tak rasa apa2 pun bila nampak jet-jet itu. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Happy moment with family.
    Pelangi adalah sesuatu yg selalu jadi perhatian saya bila muncul kat langit. Tapi kalau jet, tengok keadaan, kalau ada aksi2 yg aneh.. it's something yg mengujakan juga utk dilihat. Tapi jika diberi pilihan antara mee hoon sup dan jet.. saya pilih mee hoon mcm si baju kuning. Haha.

    ReplyDelete
  2. Bila ada anak dara yg swmakin membesar,pakaian kita maknya pun dia org amik pakai ja ja kan

    ReplyDelete
  3. Lahhh jet dah menyamar serupa ikatan dawai pagar pula hahaha. Seronok Ammi jalan-jalan dgn family. Boleh la cipta kenangan. Lepas ni sekolah dah nak buka pula kan haha

    ReplyDelete
  4. wah..ceria ..boleh dah riadah secara sihat ya

    ReplyDelete
  5. wah..menarik aktiviti hujung minggu, jet sightings. Ok lah tu kan, dapat ambil angin luar. nampak sikit-sikit jet tu jadilah

    ReplyDelete
  6. seronoknya.. yg penting quality time with family tu. kannn

    ReplyDelete
  7. Sesekali berjalan layan minat suami. Seronok juga ada pengalaman tengok FPDA Flypast bersama keluarga. Kalau tidak, bila lagi ye tak?

    ReplyDelete