MAKAN SESAJA

Semalam memang hari yang paling lapar buat ammi.

Pagi makan, lunch makan juga, malam lapar lagi.  Hukalohhhh bila kala nak kecik size seluar ntah.

Abah nak makan tempat paling dekat dengan rumah je tapi si kecik tu boleh pulak sound abah dalam kereta.

Ozil:  Kita nak makan kat mana Abah?

Abah:  Kita pergi IR jelah (Laman IR ni adalah satu foodcourt kat dalam kawasan rumah ammi)

Ozil:  Alahhhh..asyik kat situ je.  Alip dah tak suka kat situ.

Ammi:  Senyummmm aja.  


Maka ke Bandar Sri Permaisuri kita.  Tengok apa yang lain sikit.

Tiba-tiba ammi nampak restoran yang biasa kitorang makan dedolu.  Eh lama dah tak makan.  Dari kedai dia di corner lot agak besar..dah duduk kat tengah dah.  Kecik sikit.  Takpelah sekurang-kurangnya masih mampu bertahan dimusim-musim gini dah cukup bagus.


Makan di Mastercook.  Its a Chinese Muslim restaurant.

Tengok menu macam rasa semua nak order.  Especially dimsum.  Ammi cakap dengan anak-anak, why don't we see how our main course look like then we decide whether to add or not.  Sebab biasanya kedai chinese muslim macam ni..portion dia not bad.  


Khilfi makan set butter chicken.  Eh sibuk je seketul GOJO tu kat situ.


Ammi order Hokkien Mee.  

Auto ingat kat arwah Mama sebab masa kekecik dulu mama suka goreng hokkien mee ni.  Lagi satu Loh Shi Fun


Ni Kyra punya .. Yee Mee Soup.


Dan ini Abah punya Wantan Dumpling Yee Mee.

Ozil punya takde gambar sbb lambat nau sampai.  Dia order Bubur Fillet Ikan.  Memang hantu bubur si kecik ni.  

Terubat rindu nak makan proper chinese cuisine.  Kalau masak sendiri kat rumah tak sampai feeling dia.  Pastu api pun sendu je kan.

Total makan semalam termasuk air dalam RM78 je.  

Kesudahannya memang tak order side dish dah lah.  Tersandar semua kecuali abah.  Tapi kejap je sebab lepas tu Abah kena habiskan bubur si Ozil.

Post a Comment

11 Comments

  1. Sedapnya hokkien mee, chinese food memang menyelerakan.. Seronok makan kat luar...

    ReplyDelete
  2. murah harga makanan sesaja kat situ erk.,. janji sedapp., ;p

    ReplyDelete
  3. Teringin pula dim sum...Makan pepanas kan...sambil pejam pejam mata...hihihi

    ReplyDelete
  4. Selagi bole makan, kita makann.. hokien mee tu nampak seleress

    ReplyDelete
  5. Selamat menjamu selera
    Nampak sedap2 belaka

    ReplyDelete
  6. semua pun nampak sedap...aku lum lagi bawak anak2 makan luar, tunggu diaorang complete dos la kot. confident cikit.

    ReplyDelete
  7. paling menggoda set Khilfi, sedap betul nengoknya...
    yang lain simple-simple je tapi nampak sedap kak. Harga untuk 5 orang makan kira ok lah, not bad.

    ReplyDelete
  8. I pun sejak vaksin asik lapar. Tapi selepas 2 minggu. Entah la, memang musim lapar atau vaksin yg bersalah. Haha.. Btw, sedap2 nampaknya menu tu Ammi. Mkn la selagi boleh mkn.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..sedap sedap menu pilihan. Harga boleh tahan berpatutan.

    ReplyDelete
  10. wow sedapnya mee2 tu fav mama

    ReplyDelete