SALTED EGG TILAPIA FILLET

Fillet tilapia ni memang sentiasa ada stock dalam fridge Ammi. Senang kalau emergency takda lauk nak masak.. tadaaa adalah ikan untuk dilaukkan.


Hasil yang dah jadi. 

Bahan-bahan:

  • Isi ikan
  • Salted egg powder (agak-agaklah) 
  • 4 ulas bawang putih (didadu) 
  • 5 biji cili padi (dihiris) 
  • Daun kari
  • Tepung jagung
  • Minyak / butter
  • Perasa
Cara-cara:
  1. Gaulkan isi ikan dengan tepung jagung dan sedikit je garam dan goreng agak-agak masak. 
  2. Guna kuali yang sama, tambah butter dan tumis bawang putih, cili dan daun kari. 
  3. Masukkan serbuk salted egg tu kacau laju dan tambah air sikit supaya tak hangit. 
  4. Masukkan ikan yang dah digoreng. Kacau rata. 
  5. Rasalah dan tambahlah apa yang patut. Garam ke perasa ke. Siap. 


Kids kata sedap tapi Ammi rasa biasa je sebab I can't feel the real salted egg taste.  Tapi boleh dari takde langsungkan.


Potong je fillet tu serong-serong. Bersenilah kononnya ahakss


Dalam sepeket ada 3 keping ke 3 ekor ke. Camna nak cakap ntah. 


Beli dari Mydin je selalunya. Harga dalam RM13 kalau tak silap. Dulu ammi selalu beli dory fillet masa anak kecik. Senang nak buat bubur dorang.. Tapi skrg tilapia jelah. Kental sikit isinya. 



Salted egg powder ni beli dari bakery. Plan asal beli nak buat salted egg Cornflakes & bubble rice. Tapi ratio malas lagi banyak dari rajin. Acanoo?? 

Post a Comment

23 Comments

  1. lagi sedap kalau guna telur asin kukus kan kak. tapi bolehlah, dari tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah.. kalau guna yg telur kukus sendiri tak pernah buat sendiri..biasa makan kat kedai.

      Delete
  2. Tu tahap rajin dh tu...yg akak ni main grg ja ikan salmon..campak2 nwg dan cili...siappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. kalau ikutkan diri sendiri memang maggi jelah

      Delete
  3. oo..ada ya talapia fillet...pernah makan kerepek salted egg, depa guna powder ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah tujuan asal beli salted egg powder tu..nak buat salted egg cornflakes..sudahnya cornflakes buat breakfast je

      Delete
  4. mengiurkan tu kak oi, menarik jugak idea akak ni... beli fillet ikan kene cuba jugak nih nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. belilah..buat2 rencah dalam sayur ke, nasi goreng pun ngam jugak

      Delete
  5. tilapia fillet...kt umah ni husband suka beli chicken fillet sbb anknya tk brp mkn ikan sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kat rumah alhamdulillah semua telan. yelah dapat mak kalahkan singa kan

      Delete
  6. Pandai masak, nampak sedap, powder tu yang akhir.

    ReplyDelete
  7. Menarik la...boleh masuk.
    list ni....TQ ammi share resipi ni

    ReplyDelete
  8. dory selalu la jumpa, talapia...x perasan plak. but anak2 aku nak ayam jugak. hari2 nak ayam...adoi la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. aku pun jumpa kat mydin. tempat lain so far tak penrah nampak

      Delete
  9. Lain dari yang lain. Sesekali ubah selera. Nak masak pun mudah tu. Terima kasih share resipinya :)

    ReplyDelete
  10. asalam..wow..memang sedap ,,beselera nak makan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..
      lagi sedap kalau dipedaskan sikit

      Delete
  11. Wah resepi menarik. Lepasni boleh tambah ni dalam resepi yang saya patut cuba utk masak

    ReplyDelete