SAMBAL KARI PECAH TELUR

Semalam cuti Maulidur Rasul. Salam dan selawat ke atas Baginda Rasullullah SAW.

Memang tak ada plan nak keluar sebab lebih baik kita beramah mesra dirumah sambil menonton dan berselawat.  

Cuti kerja, cuti sekolah tapi perut tak bercuti.  Makan tetap makan.

Ammi scroll IG dan nampak resipi ni.  Terus on jelah.  Lagipun malas nak macam-macam lauk.  Sekadar masak lemak sawi putih dan digandingkan dengan resepi ilham dari Adikfoods ini.  Sambal Kari Telur Pecah yang sedikit diderhakakan.


Bahan-bahan:-

  • 5 biji telur
  • 1 biji bawang besar (didadukan)
  • 1 sudu kecil herba campur (ammi letak biji sawi & jintan aja)
  • Daun kari
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1/2 cawan santan
  • 4 sudu besar sos cili (ammi letak sos cili bawang putih)
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar (Kisar kasar je guna chopper)

  • 3-4 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 4 biji cili merah
  • 10 biji cili padi

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang didadukan bersama herba campur.  Masukkan daun kari
  2. Agak wangi dan perang, masukkan bahan kisar.
  3. Masukkan rempah kari, kiub ayam dan tambah sedikit air supaya mudah mesra.  Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan masak lagi sebentar.
  5. Masukkan sos cili, perasakan dengan garam..
  6. Buat lubang sedikit, dan pecahkan telur satu-persatu.
  7. Perlahankan api, basahkan penutup periuk dan tutuplah sebentar.
  8. Taburkanlah apa-apa garnishing yang nak ditabur.  Siap.


Resepi ni agak kurang sesuai bila ammi gandingkan dengan masak lemak putih.  Sebab dah terbiasa lemak putih lawannya sambal merah.

Lauk ni sebab dia berkari sikit.. Abah kata makan gitu je pun dah sedap.  Makan dengan roti pun menarik juga.  Tak sempat nak makan dengan roti bagai sebab hidangan ni memang buat untuk lunch je sebab tu telur cukup-cukup 5 je.  Hambik sorang satu.


Post a Comment

8 Comments

  1. pos sini sikit ammi hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Perut mana pernah cuti walau dimana ia berada. hihi..sedap gak sambal kari telur pecah ni walaupun agak derhaka dengan resipi :)

    ReplyDelete
  3. wah..dap nya. kena plak ngan capati ke..pergh..layannn!

    ReplyDelete
  4. Mula tengok pic...ingat masak pizza🤣
    Gandingan serasi dah tu masak lemak dengan sambal..makan time hujan pulak...uish

    ReplyDelete
  5. Sedapnya makan dengan nasi panas! Laparlah pulak tengok malam-malam begini.

    ReplyDelete
  6. wahhh menarik ni kak, ye tak sesuai dengan masak lemak putih... makan gitu je dah layan nih, dahla telur tu macam tak berapa masak cicah dengan roti mmg mantap

    ReplyDelete
  7. Lauk yg simple.. sedap kalau makan panas2

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah try sambal kari pecah telur, selalu sambal pecah telur je. Memang sedap bila resepi gini

    ReplyDelete