Siapa tak suka games?

Nampak?? tak seorang yang angkat tangan.  Bermakna semua orang pasti ada minat untuk bermain games.  Tak kisahlah board games, online games, games berbentuk suka-suka atau games yang menjurus kearah pembelajaran.  Anak-anak kita yang sekarang ni masih berPDPR mesti agak tertekan.  Nak muaturun games di handphone, tak cukup pula ruang yang ada.  

Ammi nak kongsi tentang satu website yang menyediakan lebih dari 100 online games untuk diterokai.  Jangan tak percaya, games masa kita kecil pun ada kat sini.  Plays.org adalah satu laman web yang menawarkan permainan dalam talian yang percuma dan yang paling menarik tiada gangguan iklan.  




Apa yang menarik tentang Plays.org ini?

Laman web ini bertentangan dengan lain-lain permainan dalam aliran yang sama iaitu:-

  • tiada simbol status atau peningkatan berbayar (paid upgrades)
  • permainan yang sangat mudah yang membuka peluang untuk bergembira, tetapi tidak bertujuan untuk mengubah identiti diri kita atau mewujudkan ketagihan
  • tidak perlu memuaturun aplikasi untuk dimainkan (ha jimat ruang handphone kan?)
  • tidak perlu mendaftar atau membuat akaun pengguna


Koleksi Permainan 

Sejak dilancarkan hampir setiap hari akan ada sahaja permainan baru yang dipublikasikan.  Antara koleksi yang ada di Plays.org ni adalah



Permainan boleh dipilih berdasarkan kategori-kategori yang ada seperti yang ammi senaraikan di bawah dan banyak lagi kategori.  Klik aje pada link Plays.org ni and you gonna have fun with it.

Permainan berbentuk Arked Klasik


Ammi suka sangat dengan Tetra Blocks tu.


Permainan berbentuk komik


Permainan berbentuk pembelajaran



Salah satu permainan yang paling popular adalah permainan matematik Guardians Defenders of Mathematica. Permainan pendidikan ini dapat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan sambil memastikan anak-anak fokus pada mata pelajaran yang mungkin sukar atau membosankan.  

Setuju tak? Especially untuk anak-anak tahap 1 yang baru mula bersekolah tiba-tiba kena berPDPR di rumah.



Permainan berbentuk Simulasi




Sebagai peminat solitaire, inilah yang ammi buka dulu.  






Permainan Fast Typer ni pun best jugak.  Boleh asah skill menaip yang dah kelaut


Di akhir nanti ada results yang macam ni.  Nampak tak betapa kelautnya typing ammi dibawah tekanan.  hahahah


Bagi yang baru tekan butang PLAY dan tak tau cara untuk bermain..dibawah pilihan permainan ada disediakan cara untuk bermain.




Bagi yang rasa bosan dan tak tau nak main apa, nak bagi anak main apa sambil-sambil korang nak baca novel tu..tekan Plays.org ni dan terokailah apa yang ada.  As I said earlier..you gonna love it.

Last but not least...main-main juga, belajar jangan lupa..eh masak pun jangan lupa juga.