Lepas abah main bola dan kami (ammi dan Kyra) sampai semula ke Medan Tuanku daripada Berjaya Times Square, kami terus jelah cari tempat nak dinner. Waktu ni jam hampir pukul 8 juga. Tapi jalan punya jalan sampai ke sudah tak tau nak makan apa.
Ahhhh dah alang-alang nak hantar Alip di rumah dadek di Bukit Mahkota, dan kitorang janji nak jumpa di Nilai makanya kita dinner di Nilai jelah.
Kami dah beberapa kali makan di Wawa Seafood di Bandar Baru Nilai, tapi ini first time makan di sebelah malam. Full house korang.
Eh takpe kan share gambar makanan dibulan Ramadan. Korang takdelah terliur sangatkan?... I know my friends adalah kental-kental belaka. Ahakss.
Abah ambil sup apa ntah namanya (dia ada nama khas) tapi ammi dah lupa. Ada perut dan macam-macam kat dalam tu.
Alip ambil sotong goreng kunyit.
Makanya abah dan alip makanlah nasi putih bersama sup dan sotong goreng kunyit kongsi-kongsi. Ammi tak rasa pun sup tu sebab macam kuat nau bau lembunya.
Kyra dengan spagethi carbonaranya.
Khilfi dengan nasi ayam gepuk berapi. Tapi katanya takdelah pedas sangat pun.
For the first time ammi tak order kueh tiow celup bila datang sini. Masa masuk ammi nampak banner Pad Thai, jadi itulah yang ammi order. Sedap.
Selalu datang nak order pulut mangga tapi takut tak habis. Tapi harini ammi gigih juga order. Auchhhh shoooo shedappp.
Sementara nak tunggu makanan sampai beriyalah anak dara ni tunjuk sepasang kasut yang dia nak sangat.
Ni ha kasutnya. Tanyalah berapa harga, kalau affordable boleh dibelikan. Sekali harganya dalam RM700. Umangaiiiiiii, kasut mak kamu yang paling mahal pun setakat sepanjang 47 tahun hidup ni cuma yang dalam range RM300++ je. Ok...dah kerja nanti pandai-pandailah beli sendiri (walaupun masa itu kasut ini dah bukan lagi trend), but sorrylah, i'm not going to spend sooo much for this pair of shoes.
Kami dah siap makan dalam jam 10 malam pun family dadek tak siap lagi membeli belah di AEON Nilai. Mujur juga AEON tutup pukul 10 kalau pukul 12 rasanya sampai pukul 12lah kena tunggu.
By the way, keputusan UPKK Alip dah keluar. Nanti ammi reveal ye.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)


1 Comments
Tersedak jugak tengok rege kasut 700 tu. Dapat bayangkan masa jalan guna kasut tu, macam pijak duit je 😅 Design nya ranggi betul.
ReplyDelete