Projek Lilin

Masa cuti penggal persekolahan haritu antara tugasan yang perlu Khilfi buat adalah projek lilin untuk subjek Bahasa Melayu.  


Ammi taktaulah apa arahan cikgu yang sebenar, samada murid perlu buat video beserta suara sendiri atau sekadar buat caption.  Mula-mula Khilfi nak buat voice over tapi entah tau-tau dia kata dia buat caption gitu je sebab tak boleh nak padam bunyi background.  Ikut suka kamulah janji cikgu terima tugasan tu.

Sejenis malas nak buat guna cara sebenar pembuatan lilin maka dia guna cara mudah.  Dia cairkan semula lilin yang dah sedia jadi.  Hmmmmm senang ek kamu?


Seronok ek guna muka sendiri masa tembam tu?

Kalau ikut dalam video tu hasil lilin dia alahaiiiii, rendah sangat.  So, sebagai ibu yang kejam, SILA BUAT SEMULA!.  Masa tu jam pun dah pukul 10.30 malam tak silap ammi.  Mata ammi memang dah mengantuk tapi PERGI BUAT.  Bergadang main game boleh, takkan buat kerja sekolah tak boleh.  Esok pagi ammi bangun tau-tau ha siap pun lilinnya.  Dah siap berbasuh kemas elok je tempat "projek" dia.    


Ha, kang tinggi sikit lilinnya.  Kalau tak tu ketinggian lilin tu cuma lebih kurang 1.5cm je.  Dah kenapa?  Satu hal pulak terbakar jari masa nak bakar sumbunya karang.


Antara lilin-lilin classmate yang lain yang cikgu kongsikan di group.  

Maka anakku Khilfi, inilah kenangan kamu hasilkan lilin masa kamu Tingkatan 3.  

Post a Comment

4 Comments

  1. Payah jugak task dia kena buat lilin. Mencabar jugalah. Kena bagi penerangan yang jelas barulah faham nak kena buat macamana sebenarnya kan task tu.

    ReplyDelete
  2. Haaaa kan dah kena buat balik...aduhai anak...

    ReplyDelete
  3. wah projek lilin....mcm2 hasil lilin classmate khifli

    ReplyDelete