Jawapan teka harga buah

Selamat bercuti korang.

Harini anak-anak bakal pulang ke asrama.  Khilfi akan pulang setelah berada dirumah dari 15/8/2025 haritu.  Naik lemak dia duduk kat rumah tangan asyik pegang handphone je.  Harap-harap jalan tak jam la masa nak balik Seremban nanti.

Kyra kita hantar je di stesen keretapi.  Insyaallah dia akan sampai di Johor sebelum kami sampai di Melaka.  Huhuhu.

Haritu ammi ada buat satu post suruh korang teka harga buah yang ammi beli.  Tarikh tutupnya semalam sempena birthday ammi yang ke-46.



Adalah beberapa kengkawan yang cuba meneka.  Tapi jauh sangat tekaan tu fren.

Yang paling hampir tekaannya adalah Fanny dan dia teka RM50.  Tapi jumlah sebenar harga buah ni kalau dibundarkan kepada puluh yang hampir jawapan Fanny juga jadi jauh.  


Harga sebenarnya adalah RM57.00 korang.  Kalau dibundar kepada puluh paling hampir jadi 60.

Jadi tiada pemenangnya kali ini.  Kita buat contest lain pulak ye lain kali.

Post a Comment

0 Comments