Lepas lama MC akibat jangkitan kulat, 1/9/2025 Khilfi pulang ke asrama semula. Dah balik asrama memang dia tak call la maknya ni lagipun public phone di sekolah banyak yang dah rosak.
Hari Rabu malam 3/9/2025 (hari yang ammi first day demam tu), Khilfi call. Katanya dia rasa lemah badan, lemah kaki, rasa macam demam tapi dia pun taktau dia demam ke tidak. Ammi suruh dia makan panadol dulu dan kalau tak elok bagi tau pada warden dan call ammi semula.
Khamis dia tak call ammi.
Jumaat (5/9/2025) lebih kurang pukul 5 petang dia call ammi, kata dia demam, sakit kepala, selsema tapi dah makan ubat yang ada. Dia tak bagi tau warden pun. Aishhh. Ammi bagi tau dia yang hari esoknya nanti ammi akan datang bawa dia ke klinik. Sekolah biasanya akan bawa ke klinik kerajaan, kalau macam tu mungkin hari Isnin baru boleh dibawa ke klinik.
Hari Sabtu (6/9/2025) kami ke Melaka. Sampai je tengok dia dah tunggu kami dengan di tepi surau dengan baju korporat. Bagi tau warden yang kita bawa di ke klinik dan jomlah cari klinik.
Doctor buat Full Blood Count (FBC) dan Dengue test sebab dah demam hampir 4 hari. Sebenarnya hari Sabtu tu temperature dah normal cuma dia rasa lemah badannya dan tak sedap perut.
Dengue negative, dengue combo negative tapi platelet darahnya rendah. Reading normal 150 tapi reading dia cuma 114. Doctor risau bila rendah macam ni sebab boleh ada risiko pendarahan dalaman dan dia ada simptom dengue which is sakit perut dan rashes dibadan.
.png)
Masa tengah duduk berkepit baru perasan dia pakai baju bernamakan "MIKHAIL". Ehhh apsal pakai baju orang lain?. Kawan dia boleh pulang pilihan sebab kawan tu terlibat dengan perararkan hari kebangsaan jadi bolehlah balik. Tapi baju korporat kawan dia hilang dan dia pinjam baju Khilfi. Sudahnya masa nak keluar ke klinik Khilfi pulak kena pinjam baju kawan lain.
Dapat MC 2 hari (which is Ahad dan Isnin). Dah mohla ke sekolah balik dan ammi perlu inform pada warden untuk bawak dia balik sebab dinasihatkan buat blood test setiap hari.
Tapi nak balik satu hal pulak, takkan nak bawa baju korporat MIKHAIL tu pulak. Esoknya Mikhail tu nak outing dengan parents dia.
Pakai jelah baju batch ni. Kalau ditanya warden atau guard. Keluar dari kawasan sekolah tanpa memakai baju korporat boleh dikenakan tindakan DEMERIT.
Hari Ahad (7/9/2025), kami ada kenduri aqiqah di Kuala Pilah. Dah alang-alang tu jumpa klinik dan terus jelah tunjukkan surat dari klinik di Melaka tu dan mereka auto faham.
Buat FBC dan platelet makin turun. Hari Sabtu 114 hari Ahad jadi 109. Disebabkan platelet masih rendah dan semakin turun doctor suggest untuk buat Influenza dan Covid tests.
Doctor klinik ni terus buat monitoring form ni dan minta ke klinik kesihatan berhampiran esok untuk buat blood test lagi.
Semuanya negatif.
Hari Isnin (8/9/2025), Alhamdulillah ada peningkatan pada platelet. Dari 109 ke 127. Khilfi kata kat abah dia "mungkin sebab tengah malam abang bangun makan maggi kot".
Doctor KK lanjutkan MCnya sebab walaupun bacaan platelet dah naik tapi masih dibawah paras normal dan perlu buat test lagi esoknya.
Isnin tu abah buat sup ketam untuk kita semua dan esoknya 9/9/2025 masa buat another round of FBC di KK, Alhamdulillah terus je reading shoot ke 142.
Dan semalam pagi 10/9/2025 walaupun kalau ikutkan masih MC, tapi awal pagi abah dah hantar dia balik asrama. Pergi jelah kelas sebab dia pun dah aktif menari-nari kat rumah tu.
Kita jumpa lagi hari Jumaat nanti untuk bercuti panjang.
Nampaknya awal bulan September ni memang kita buat pelaburan di klinik-klinik je. Klinik swasta sekarang sekali pergi je kalau tak lebih 100 takyah ceritalah kan. Wang insyaallah boleh dicari dan ditambah tapi kesihatan diri dan anak-anak tak ada yang boleh ganti.
8 Comments
shafahullah
ReplyDeleteSalam singah, baca2 laman kawan-kawan..alhamdulillah dah bawa ke klinik, semoga cepat sembuh ya..kadang anak ridu mak ayah tu, dulu saya dapat rasakan rindu nak pulang jumpa mak ayah..
ReplyDeleteallah anak...sakit apa plak kali ni...harap takde la yang teruk...pasal kos klinik tu memang betul ye..akak selalu kena 150, klinik kat Sikamat tu...nak- nak kita ni guna insurance lagi la seronok dia charge...
ReplyDeleteAllahuakbar. Merisaukan betul lah kan. Macam-macam diagnosis dibuat. Mujur negatif denggi tapi platelet darah rendah pulak. Dah makan sup ketam baru OK platelet darah. Syukurlah keadaan semakin membaik. Harap tak ada apa lah tu.
ReplyDeleteBoleh pulak ek pinjam meminjam baju. Tak pasal pula yang dipinjam baju kena pakai baju lain. Patut tak boleh tu. Kalau demerit naya je.
Macam nak kena dengue tu tapi nasib baik cepat naik lepas makan sup ketam kalau menjunam bahaya tu. Semuga cepat sembuh semuanya
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan
ReplyDeleteMujarab betul maggi tu Khilfi ye :p
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sihat dh anak bujang sorang ni. Budak laki standard la pinjam baju kawan hehe
Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat Khilfi.. Aamiin..
ReplyDelete