Khilfi mula berPDPR di rumah sejak 15.8.2025 hingga 25.8.2025. Sepatutnya petang Isnin kami perlu hantar dia pulang ke asrama.
Tapi malam Ahad ammi perasan (itu pun sebab dia mandi dan datang pada ammi dalam keadaan bertuala saja) dan ammi tengok kat bahagian dada dia penuh dengan bintik. Ammi terus macam "ehhhhhhh kenapa badan abang ni?"... nada tu korang pikirlah sendiri bila mak-mak terkejut.
Ini gambar hari Rabu sebenarnya. Kalau hari Ahad tu cuma ada bintik besar yang ammi bulatkan je. Macam melepuh lepas kena minyak panas pun ye juga.
Ammi tanya dia gatal ke tidak, katanya gatal. Jadi ammi bagi dia ubat selsema dulu pastu esok paginya ammi ke office macam biasa. Abah hantar dia ke klinik kesihatan. Doctor pun pelik sebab macam monkey pox, macam chicken pox tapi dia tak demam. Macam scabies tapi bukan. Doctor ambil darah dan resultnya tak ada apa-apa jangkitan dan lepas berbincang dengan few other doctors mereka diagnose as "scabies" juga. Hmmm.
Dapatlah MC selama 2 hari (Selasa dan Rabu).
Malam Selasa ehhhh naik pulak ruam yang kecik-kecik tapi penuh dari dada ke leher. Tebal bukan main lagi ruamnya
Dalam gambar tak nampak tebal, tapi kalau kita sentuh ehhhhh...jadi geli pulak. Terasa macam katak. Dan dia jadi pedih bila terkena air atau angin. Mungkin juga dia terlebih garu.
Rabu pagi abah bawa semula ke klinik kesihatan sebab senanglah dah ada rekod hari Isnin haritu. Doctor pun pelik juga sebab bentuk dah jadi lain. Doctor prescribe ubat lain dan rujuk dia pada hospital pakar (tarikh appointment lambertttt lagi: 23.10.2025). Doctor tambah lagi MC untuk 2 hari (Khamis dan Jumaat).
Balik kerja hari Rabu tu ammi cakap ngan Abah, jom lah gi klinik swasta je. Kalau scabies biasanya di kawasan tertutup, celah-celah kangkang, jari, tapi dia tak ada di bahagian tu. Pastu bila kena angin dia pedih.
Doctor di klinik swasta tengok je terus cakap "oooooooooooooo ini jangkitan kulat, Tinea Corporis". Siap doctor googlekan untuk tunjuk pada kami. Bentuk kulat tu semua.
Diberi ubat sapu ni juga. Ubat makan yang kuat.
Pastu abah pun adalah tanya-tanya kat kawan kedai kopi. Dorang kata "ko pegi kedai Appu, mintak sabun untuk gatal-gatal". Abah pun pergilah cari dan inilah sabunnya.
Thulasi ni ammi ingat namanya. Dulu mendiang nenek ammi selalu gak sebut tapi tak tau functionnya. Thulasi ni satu jenis daun selasih juga.
Cara pakai dia basahkan sabun tu, pastu lumurkan ke tempat gatal tu then biarkan sekejap dalam 20-30 minit pastu mandi macam biasa. Nampak berkesan sabunnya dan sesuai diguna kalau kena chicken pox, kurap semualah.
Masa kami hantar semula Khilfi ke asrama, hanya tinggal ruam yang nipis je di badan. Kami belikan lagi sabun ni dan suruh dia mandi guna sabun ni je kat asrama. Belikanlah juga bekas sabun yang telah lama dilupakan supaya sabun ni tak benyek kena air.
Tak pasal-pasal lama pulak cutinya Khilfi kali ni. Tahun lepas dia ni puaslah cakap "kenapa abang tak pernah dapat MC, kawan abang tiap-tiap bulan MC". Haaa sekali Allah bagi cuti panjang terus duduk kat rumah.
Maka dapatlah dia berada di rumah dari 15.8.2025 hingga 1.9.2025. Seronok?
1 Comments
betul la, bekas sabun tu legend sgt kan..
ReplyDeletealhamdulillah..sihat dah yer