Ini juadah yang ammi masak pada 29/8/2025. Its Friday, saya kononnya bekerja dari rumah tapi tak ada apa kerja office yang dibuat sebab memang tak ada apa perlu dibuat. Haaaa...what a justification.
Disebabkan masa ni Khilfi pun masih MC dirumah akibat jangkitan kulat tu, jadi ammi masak awal sikit dan lunch sebelum yang lelaki pergi solat Jumaat.
Sup tulang ayam.
Kenapa tulang ayam? Sebab lately ni abah suka betul gi pasar pastu suruh orang pasar tu debone ayam. Ni semua gara-gara dia tengok bini dia asyik je grill bahagian isi ayam untuk bawa ke office. Kalau dia beli ayam 2 ekor, sekor mesti dia minta diasingkan tulang. Dan bila jadi macam ni, orang pasar tu takdelah buang je tulang tu. Dia akan bagi balik kat kita.
Ammi pun kumpullah setempat tulang-tulang tu dan buat sup camni best juga. Sup takde tumis-tumis. Masukkan je tulang-tulang ayam tu bersama bawang putih (ditumbuk), halia (ditumbuk), lada hitam (ditumbuk) dan garam pastu rebus je sampai dia hampir empuk. Campur ubi kentang, perasakan sampai cukup rasa, tabur daun bawang dah siap.
Takkan nak makan tulang je. Bahagian yang lain ammi buatlah mushroom chicken. Kita buat apa yang anak-anak suka, puas betul hati tengok dorang makan berselera.
Buat juga terung balado sikit.
Dah selesai lauk kami hari itu. Kononnya malam bila dah jemput Kyra kami nak makan malam diluar je, sekali masing-masing malas nak keluar. Moh la kita habiskan je apa yang ada. Topuplah dengan telur dadar sikit.
Sekian kisah show off saya yang masuk dapur sekali-sekala.
1 Comments
homecooked meal is the best!
ReplyDelete