Countdown SPM 2025

Hari ini bermula cuti penggal persekolahan 2025.

Khilfi akan balik harini tapi Kyra balik hari Ahad nanti.  Begitulah pengorbanan anak-anak Form 5.  Ada banyak kelas-kelas tambahan, bengkel, perkampungan ilmu yang perlu dihadiri.

Result trial haritu dah dapat tapi keputusannya masih kurang memuaskan.  Untuk rekod ammi, Kyra dapat 3A, 5C dan 1G.  Masih G lagi untuk subject Addmath ni.  Kalini G yang hampir nak ke E.  Dia dapat 38 kalau tak silap ammi. Untuk trial ni pun sebenarnya Kyra agak terkilan sebab banyak betholll C nya.  C yang dah nak ke B memang menyakitkan hati.

Tapi ammi tau anak ammi dah berusaha sehabis baik.  Abah dan Ammi pun taknak pressure dia sangat.  Kita redha jelah apa jua keputusan SPM sebenar nanti.

Dan tadi cikgu kelas Kyra dan kongsikan countdown.  Nampak je ni ehhh tiba-tiba rasa menggigil pulak tangan ammi.



Kurang dari 2 bulan akan bermula ujian lisan.


Sikit je lagi kakak.  15 Disember hilanglah semua batu berat di atas kepala.  15 Disember juga jadi hari terakhir kakak pakai baju sekolah.  Lepas ni dah boleh melawa-lawa pakai shawl. 

Tak perlu dah pakai tudung dua lapis ni.  
Tak perlu dah pakai baju kurung dan tudung warna hijau striking yang kakak kata tak kena langsung dengan kulit.  
Tak perlu dah bangun tiap hari pukul 4.30 pagi.  

Tapi dah alang-alang mata dah auto awake pukul 4.30 bangun jelah buat tahajud.  Apa salahnya kan.

I love you my baby girl.

Post a Comment

0 Comments