Dapat handphone baru

Jumaat 22.8.2025, lepas gigih memasak dan makan tengahari ammi baring-baring jap pastu terlelap.  Bangun tidur terus ajak abah cari handphone baru untuk Khilfi.  Handphone yang dia guna sekarang ni handphone lama ammi sejak 2019.  Model terakhir Huawei dengan Google yang dah built in.  Handphone oppo dia yang ammi beli masa PKP tu dah lag teruk.  Yelah beli model paling murah sebab memang tujuan untuk berPDPR je masa tu.

Lepas asar marilah kita ke Palm Mall lepas tu kalau siap cepat bolehlah ke pasar malam.  Dia dari haritu membaca dan tengok pasal handphone Infinix.  Kalau dia tak sebut ammi pun taktau jenama ni wujud.  Perjanjiannya, dia bayar separuh, abah ammi bayar separuh.


Kat sini tak banyak model yang dorang offer.  Tapi untuk budget yang Khilfi ada tu, adalah phone tu disini.  Sebelum buat keputusan, kita gi masuk kedai lain dulu.  Tengok mana yang lebih mampu milik.  Tapi bila hati dah kesitu, situ jelah.  Banding itu ini tetap nak yang diidamkan.


Ni lah handphone yang dia "lock".  Sebenarnya yang dia nak dan mampu milik tu yang harganya RM499.  Tapi yang itu tak ada stoknya disini dan perlu ke outlet lain di Seremban 2.  Ehhh tak kuasa ammi dan model ini upgrade version of phone yang dia nak.  Ambik jelah.  Harga RM699.00

Dan kedai ni tak ada pilihan warna.  Ada warna purple dan biru je.  So, memang taklah dia nak ambil warna soft purple tu.  

Pastu ammi suruh jelah Sales Assistant tu transfer semua file ke phone baru.  Ammi ni ada download apps Family Link di phone anak-anak.  Jadi leceh jugalah masa nak transfer tu sebab 88 kali ammi kena masukkan password ammi, password anak.

Sambil tunggu telephone abang siap, eh si kecik dah tak senang duduk.  Kekejap minta izin masuk kedai oppo, kedai vivo dan kejap tu dia datang, "boleh tak kalau Alip nak tukar telephone Alip juga.  Harga dia murah je.  Duit tabung Alip dah cukup".  Hahhaha...murah tu berapa?  2 ringgit setengah ke?


Ammi:  Kan ammi dah cakap ammi bagi hadiah telefon kalau Alip dapat 9A UPKK nanti.
Alip:  Kalau tak dapat?
Ammi:  Jadi kenalah dapatkan, kenalah belajar.
Alip:  Alip beli sendiri, nanti hadiah UPKK ammi bagi lain.


Ammi pandang abah, abah pandang ammi, abah pakai kepala je kata ok.  Fuihhhhh laju dia tarik abah ammi ke kedai Vivo.


Lain macam genggaman tangan tu Lip.  Tak menyempat betul nak tunggu abang ni transfer segala benda masuk phone baru.  Phone yang sedang dia guna tu telephone Kyra masa PKP dulu.  Dah retak seribu dah pun.

Dan bermulalah episod ammi berlari dari ke Vivo ke Infinix sebab nak masukkan password.  Pastu eh lari lagi.  


RM399 je.


Dan tak sampai 30 minit selesai transfer segalanya.  Kejapnya budak Vivo ni buat kerja. Phone Khilfi tak siap-siap lagi.  Terus jadi musykil ammi, tau ke tidak budak Infinix ni transfer data?


Penukang bayar yang kena tunggu sampai tumbuh janggutnya.  Sampai ke azan Maghrib kami masih di sini.  Hmmmmm.  Macam tak kuasa dah nak ke pasar malam.


Wahhhh dapat handphone terus jalan peluk-peluk bahu abah.  


Akhirnya.  Jagalah telephone tu baik-baik.  Pakai sampai lunyai sebab kita bukan orang kaya yang boleh tukar telefon setiap 3-4 bulan.


2 hari kemudian, dia keluar bawa tabung.  "Alip masih berhutang dengan ammi".  Ammi pun dah lupa sebenarnya yang dia kena bayar balik.  Tapi tulah, boleh menangis ammi nak kena terima duit seringgit sebanyak 399 keping.  Tengok dia penat mengira salah mengira salah...ok kita bagi discountlah.  Bagi ammi 300 keping je dah.  

Bukanlah nak berkira dengan anak tapi mereka perlu tau yang handphone bukan keperluan tapi adalah kehendak.  Jadi untuk perkara melibatkan kehendak, sila guna duit sendiri.  Tapi walaupun dah beli handphone guna duit sendiri tetap ammi lock bila sampai masa sebab korang masih anak-anak dibawah umur.

Masa PKP dulu memang kami yang belikan anak-anak phone sebab masa tu handphone adalah KEPERLUAN.  Sekarang, sila kumpul duit dan beli sendiri.

Post a Comment

0 Comments