Dah beberapa bulan juga ammi selalu nampak video kedai ni di TikTok. Ada yang memang kedai ni share, ada yang pembeli share. Masalahnya asal ammi pergi je kedai tutup sebab kedai ni tak bukak during weekend. Hmmm.
Memandangkan hari Jumaat lepas (19/9/2025) kami complete berlima di rumah, jadi ammi mintaklah abah belikan kek. Abah pergi dengan Khilfi je naik motor sebab lokasi kedai ni cuma 5 minit je dari rumah kalau berkenderaan. Kalau jalan kaki dengan peha bergesel-gesel ni mau dekat 15-20 minit jugak. Ahakss.
Suruh abah je yang pergi sebab kalau ammi pergi sekali karang banyak pulak plastik berisi yang ikut balik. Biar abah je pergi jadi kalau kita sebut kek, cuma kek je yang ikut balik.
Ammi ambil gambar ni dari Facebook Kek & Chai
Lokasi: 490, Jalan Sikamat Jaya 1, Taman Megaway, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Ni pun ammi kidnap dari Facebook Kek & Chai.
Selain kek, kat sini ada juga jual pastries, cookies, chai, coffee dan boleh makan dan minum di situ tapi saya memilih untuk makan dirumah sendiri. Senang, tak perlu sibuk nak tukar baju, pakai tudung semua.
Beli satu Premium Butter Cake. Harga RM15.00
Inilah rupa kek lepas dikeluarkan dari bekas. Moist betul. Sedap dan manis dia just nice je.
Teringat kek yang along selalu buat masa kitorang kecik-kecik. Along ammi memang rajin baking dan menaikkan bil letrik rumah masa dulu. Dan perangai tu sebenarnya tak menurun ke anak perempuan along tapi menurun ke anak perempuan ammi. Dan namanya keturunankan...mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Cuti sekolah ni mujur juga Kyra busy dengan online classes dan latih tubi. Kalau tidak, ammi yakin dia akan masuk dapur buat cookies atau brownies sebab bahan-bahan baking semua memang duduk tak berusik dalam peti ais. Sampaikan tepung gandum pun ammi simpan dalam fridge sebab taknak dia rosak. Mungkin bulan 12, lepas SPM nanti baru oven ammi akan kembali beraksi dan masa tu kita tengok berapa perginya bil letrik.
.png)
Takkan nak makan kek je. Masa abah keluar membeli tu ammi lelaju masuk dapur goreng keropok. Berpaket-paket keropok pemberian adik ipar ammi simpan kat gobok tapi kerajinan nak menggoreng tu tak ada.
Disebabkan dah minum petang, makanya dinner kami yang biasanya sebelum Maghrib terpaksa dilajakkan ke selepas Isyak.
Ammi rasa boleh repeat untuk beli juadah minum petang di kedai ni. Cuma ammi taktau nak teruskan dengan suruh abah je yang pergi atau ammi nak gedik follow sekali. Risauuuu betholll kalau nak ikut sekali ni.
1 Comments
tiba2 rasa craving nak mkn kek la plakkk
ReplyDelete