Ahad petang 24.8.2025 lepas Asar kami bertiga (Ammi, Khilfi dan Khalif) ke Seremban Prima. Abah dah ke KL sebab ada game bola.
Tujuannya sebab ammi nak bawa Khilfi beli barang sebelum dia balik ke asrama hari Isnin tu. Bag baju kotor dia dah menganga tak ada zip. Masa ni taktau pun dah naik bintik-bintik kat badan dia. Dia sorang je tau tapi tak cakap ngan ammi.
Kami ke DIY, pastu ke Jaya Grocer pastu kena pow dengan si kecik. Dia mana boleh lalu sebelah Dubuyo ni.
Dah jomlah makan cecepat sebab target sebelum Maghrib nak sampai rumah semula. Baju sekolah semua tak iron lagi.
Alip tu beriya sebab nak makan Ramyeon. Nak yang junior set juga. Gedik eks.
Ammi ambil set Beef Soondubu Jigae
Khilfi ambil set Buldak Boomyeon Chicken. Pedas melangit weeiii.
Pinggan budak kecik ni ammi tambah dengan nasi ammi. Makan sambil main scrabble sebab nak habiskan set dia dengan abang sebelum abangnya konon balik asrama esok hari.
Ehhhh anak bujang sapa yang hitam-hitam si tampuk manggis ni?
Ek ehhh perasan pulak maknya snap gambar.
Dekat screen handphone dia ada gambar girlfriend korang....caya tak? Tanjat ammi bila unlock phone dia ehhhhh ada gambar budak pompuan. Bila tanya dia dok mengelak. Amboiiiiiii biasheeee dia tu.
1 Comments
Kalau dah berjalan tu, mestilah ada yang mengepow. Yang untungnya yang mengepow tu lah. Amboii dah ada girlfriend ehh..Silap besar dia buat wallpaper. hihi..kantoi sudah.
ReplyDelete