Perkara Paling Flex

 Ammi nampak ni di Facebook, jadi marilah kita jadi satu entry disini.


Kenapa background kena gambar Mr. Bean ek?

Apa itu Flex?

Kita sebagai generasi X mungkin tak guna perkataan ni sangat.  Kita mungkin guna "brag", "show off" dalam ayat kita.  Flex ni perkataan yang digunakan oleh generasi Z ke bawah.

Kalau ammi sendiri, ammi taktau nak flex atau apa dengan apa yang ammi dah buat.  Kalau nak flex pun nak flex dengan siapa?  Cuma ammi boleh kata ini pencapaian terbaik ammi sebagai anak.  Mungkin kecil bagi orang lain tapi Alhamdulillah.

Kami bukan lahir dalam dulang emas mahupun perak.  Hidup kami sekeluarga sekadar cukup aja.  Cukup untuk buat kami mampu ke sekolah, mampu makan dan tidak berlapar, mampu bayar duit sewa rumah.  Sehingga hari Aca dan Mama kembali pada Allah, mereka tidak ada rumah atas nama mereka sendiri.  Sebenarnya bagus juga macam ni jadi urusan pembahagian harta peninggalan yang ada jadi saaaaangattttt mudah.  

Tahun 2011, ammi berbincang dengan Abah.  Ammi tanya abah sama ada ok atau tidak kalau ammi beli satu rumah di Seremban tapi bukan kita yang duduk sana.  Ammi nak bagi mama duduk kat situ tanpa sebarang bayaran.  Jadinya mama tak perlu lagi pening nak fikir membayar sewa rumah.  Usul ammi abah sambut dengan ayat "kenapa tak boleh?".  Cryyyyy.

Alhamdulillah, pertengahan 2012 urusan jual beli rumah selesai (ammi beli rumah pada harga down below market value, rezeki ammi) dan ammi bawa masuk barang-barang mama ke rumah.  Drama airmata arwah mama masa tu takyahlah cerita.  Kami kan anak beranak, nyamuk mati kena tepuk pun kalau boleh nak nangis jugak.

9 tahun je mama dapat duduk dirumah ni sebelum mama dijemput pulang ke rumah abadi.

Sampai hari ini, walaupun rumah yang ammi duduk di Seremban ni atas nama ammi, ammi tetap sebut "Rumah Mama".  Dalam apps grab, folder rumah semua ammi save as "Rumah Mama".  Biarlah ia kekal begitu sebab disinilah kami menumpang kasih mama.

Terima kasih suamiku sebab izinkan saya gembirakan hati mama saya dengan cara macam ni. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Cerita kita sama...tapi biarlah akak simpan..sampai sekarang akak pin location Teratak Mak Abah, walau hakikatnya rumah ni atas nama akak...proud of you sister...cuma bila kita berkorban segalanya untuk mak ayah kita..ada juga hati2 yang tak suka

    ReplyDelete
  2. i'm cry.........
    benda flex saya, apa ye? buat birhday gift untuk Khai Bahar dan dapat pujian cantik masa dia buka gift tu. ahahaha...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat gembirakan mak ayah kita tak kira apa cara sekalipun. Setiap orang ada cara berbeza mengikut kemampuan masing2.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dapat berbakti kepada arwah mama...Saya, macam takde apa nak flex kan rasanya...

    ReplyDelete
  5. Rasanya sbb muka Mr Bean esp mata dia tu yg mengundang kot 🫣
    Anyway, mgkn niat Ammi nak bahagiakan mama, itu yg Allah permudahkan urusan jual beli rumah tu and asbab juga dapat beli rumah atas nama sendiri. Hugs 🤗

    ReplyDelete
  6. gen z sekarang ini lebih ribet ya
    banyak banget istilahnya hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... Ammi dapat berbakti pada mama.
    Akak tak tau lah ada ke tidak huhu.. sebab tak sure ianya Flex atau tidak

    ReplyDelete
  8. Aduh, kita pun nak cry jugak ni. Alhamdulillah..rezeki Ammi dapat berbakti untuk arwah sampai akhir hayatnya.

    ReplyDelete
  9. sedih nya kak, saya cry sambil makan lunch...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, besar tu bagi linda apa yang akak dah buat...
    untuk linda, linda masih belum rasa dah balas jasa mak bapak, sampai ke sekarang, kadang2 masih bertekak dengan bapak...kikiki..
    linda cuma niat dan tanamkan dalma hati, andai jadi sesuatu pada mak bapak, biar linda berpeluang nak jaga tanpa sebarang keberatan hati..aamin

    ingtkan flex tu flexible.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah. moga jd asbab ke syurga insya Allah, kerana ammi berbakti utk ibu

    ReplyDelete
  12. Terharu bacanya kak 🥹. Rasanya kalau bab membahagiakan orangtua ini, lain lah vibe nya. Apalagi untuk orang yang dah tak punya orangtua. . langsung rasa rindu..

    Insyaallah besar pahala kakak karena membahagiakan mama . Pintu surga kita tuh seorang mama

    ReplyDelete