Masa minggu Alip ada trial UPKK tu, diadakan juga pertandingan sempena bulan kemerdekaan. Mula-mula dia macam taknak masuk. Tapi ayat ammi "kalau Alip tak masuk, sepanjang masa tu memang Alip belajarrrrrr je ke?". Ammi kenal sangat dengan anak bongsu ammi ni.
Jadi dengar nada sarcastic emak dia ni, maka dia masuklah juga. Betullah korang, hidup ni kena belajar untuk multitasking. Nanti-nanti kalau di U bukan 1 je assignment yang lecturer bagi. Lecturer A bagi, lecturer B bagi, projek nak dapat kekalkan penempatan di hostel. Kalau bekerja nanti pun sama juga. Kerja datang sekali harung, jadi ko kena pandai manage masa and belajar untuk prioritize.
Dan, dapatlah kelasnya jadi Naib Johan pertandingan Koir Lagu Patriotik.
RM80 bahagi beramai-ramai.
Tiba-tiba dia sorang bebaju merah pagi Rabu tu.
Dan ammi balik kerja malam tadi ammi tanya dia.
Ammi: Alip rasa ada benda ke Alip tak cerita kat ammi.
Alip: Cerita apa?
Ammi: Apa yang Alip dapat kat sekolah.
Alip: Tak dapat apa-apa pun.
Ammi: Tak dapat hadiah? (Ehhh kecik-kecik dah pelupa macam maknya)
Alip: Tak de pun.
Ammi: Ni hadiah apa? (sambil tunjuk gambar yang cikgu share di grup kelas)
Alip: Ohhhhhh, naib juara je. Sebab tu Alip lupa.
Eh...naib juara pun menanglah juga. Effort pasukan tu perlu juga dihargai.
Dan semalam, hari Khamis ammi cutikan dia sekolah pagi sebab malam Rabu tu dia mual dan pening kepala. Pagi Khamis tu masa kejut ammi rasa badan dia macam panas sikit. Sekolah petang tetap kena pergi sebab Khamis memang namanya naik untuk Hafazan UPKK.
Ammi balik kerja je dia kata, soalan set 1 dia senang. Semua yang Ustaz tanya dia boleh jawab. Dapat soalan tajwid mad silah qasirah. Insyaallah semoga ada rezeki untuk dapat A nanti.
5 Comments
Semoga Alip lulus dengan cemerlang ujian UPKK 🤲🏻
ReplyDeleteKira sudah bagus tu Alif naib juara, tahniahhhh acik ucapkan. Akan datang cuba lagi, boleh jadi juara.
ReplyDeleteEh..eh..kamu.....naib juara tu menang OK....boleh plak lupa erk...apapun tahniah Alip and the gang
ReplyDeleteBiasalah kak bak orang kata selalu kalau yang dpt no 2 tu dia tak excited, nak dapatkan no 1 ngn no 3 tu kene berjuang lebih ... tp tetap jugak tahniah alip...
ReplyDeleteDia kena psycho gitu baru nak masuk pertandingan ek. Dia punya kecewa tak dapat nombor 1 sampai lupa nak meraikan kejayaan. Kecewa sangat tu Alip. Nombor dua pun hebat tau Alip! Ingat senang ke nak dapat nombor 2 tu. Agaknya kalau nombor 3 apa reaksi dia pulak kan. Alip Alip.
ReplyDeleteWah, macam kacang je jawab soalan tu. Semoga dapat keputusan cemerlang nanti.