Meriak sesama mereka

Kyra sampai rumah Jumaat tu dia unpack barang dalam luggage dia pastu dia "flex" depan adik-adik dengan medals yang dia dapat.

Kyra memang dari sekolah rendah banyaklah medals dan trophies sebab bersukan.  Kalau Alip pun sama, di sekolah baru ni semua acara tak kiralah sukan ataupun akademik akan dapat trophy atau medals.  

Khilfi jelah kesian.  Dia bukan budak sukan.  Masa sekolah rendah dulu hampir setiap bulan dapat hadiah akademik tapi hadiah dia cuma pensel box atau pun bag sekolah.  Jadi dialah juara pensel box dalam rumah.  Mungkin kalau sekolah dia dulu bagi medal dia pun sama juga banyak medals kot.


Yang Kyra ni pulak dah tingkatan 5 pun gigih lagi masuk acara sukan sekolah.  "Kalau kakak tak lempar cakera macam mana rumah kuning nak dapat pingat emas", katanya dengan nada riak pada adik-adik.  Part lempar cakera fine...itu memang acara dia.  


Tengoklah sebesar apa pulak tapak tangannya.  Ini tapak tangan masa umurnya 9 atau 10 tahun.  Gigi yang patah pun belum tumbuh habis lagi.  Sekarang pada usia 16 tahun 9 bulan, boleh bayangkan tak betapa besarnya tapak tangan dia?  

Yang part ammi tak faham, lompat tinggi.  Ini first time dia masuk acara lompat tinggi.  Dapat juga jadi johan.  Ke kat sekolah tu tak ada yang suka melompat?  Acara 4x100m pun acara batu loncatan lepas masuk sekolah ni.  Jadilah dapat naib johan.

Bila kakak dah flex dengan medals, ingat yang bongsu nak duduk senyap je ke?  Dia mana boleh.


Dia pun angkut keluar semua medal dia... masalahnya medal kakak pun dia sarung juga kat leher demi nak "membanyakkan" medals.  


Yelah, awak yang paling bongsu, jadi kita layan jelah perangai yang konon-konon comel ni.  

Harini bermulanya peperiksaan percubaan UPKK di Negeri Sembilan.  Di negeri lain sama juga ke?

Semoga anak bongsu ammi ni dapat jawab soalan dengan tenang dan baca soalan sampai habis dan  SILA JANGAN GELOJOH.  Harap-harap dia ingatlah pesanan ammi ni.

Post a Comment

7 Comments

  1. waaa bagusnya ur daughter memang talented athlete! congratss to both kyra dan alip

    ReplyDelete
  2. semoga anak2 dapat jawab dengan baik...

    ReplyDelete
  3. Setinggi2 tahniah adik2 ni kan memang kuat sukan ni..tinggi markah PAJKS tu..

    ReplyDelete
  4. Anak bongsu mana boleh kalah walaupun ada kakak dia punya medal gak tu. Kalau dah suka sukan, masuk apapun jadi johan terus ye. Hebat betul Kyra. Semangat kesukanan betul. Biasanya kalau akademik akan dapat piala. Tak ada ek, bagi kotak pensil je ek. Okaylah tu ada juga benda nak flex. Tak boleh lawan lah dua beradik tu kalau akademik. Dah berkumpul tu ada je benda nak dibuat bergurau senda kan.

    ReplyDelete
  5. Dah dak Kyra tu tinggi & kuyus, memang sesuai la masuk lompat tinggi tu Ammi :D
    Selangor pun sama, trial UPKK hari ni. All the best ye Alip!

    ReplyDelete
  6. Wah hebat betul dia melempar dan melompat

    ReplyDelete
  7. lempar cakera tu akak pernah masuk zaman sekolah dulu...kelaut la..x ngam ngan jiwa..jiwa akak Bola Baling ngan lumba lari..semua meter akak tapau dan suka...Tahniah Kyra...of course la tahniah to my Alip tooo.....kan....banyaknya medal dia walau cilok medal kakak jugak...

    ReplyDelete