Kisah sarapan

Hari Rabu (3.9.2025) masa balik kerja tu ammi memang dah demam.  Masa abah jemput tu abah dah cakap dia tak masak sebab baru balik daripada hantar Kyra ke asrama kan.  So, ammi suruh abah tapaukan nasi goreng pedas je untuk ammi.  Ammi makan separuh je pastu makan ubat dan tido.  Separuh lagi ammi simpan dalam fridge.  

Esoknya hari Khamis ammi tak kerja tapi Alip sekolah macam biasa.  Ammi bangunlah juga walaupun badan rasa sakit sungguh.  Hari biasa tak dapat nak siapkan anak ke sekolah, hari tak kerja bolehlah siapkan apa yang patut walaupun tak larat.  Ammi buatkan dia roti bakar dan telur je.  Pastu bagi juga Vitamin C dengan harapan dia tak berjangkit demam dengan ammi.

Untuk sarapan ammi, ammi panaskan je baki nasi goreng pedas tapi tak pedas tu.  


Jadilah buat alas perut sebelum nak makan panadol.


Untuk abah ammi buatkanlah nasi goreng bedas berapi.  Nasi dalam fridge tu tinggal lebih sikit dari sesenduk.  Manalah nak cukup untuk abah.  Jadi ammi potong kobis lelebih sikit jadi nampak macam banyaklah sikit nasinya.

Selesai sarapan, Alip pun dah kesekolah, ammi pun ambil toto, bantal selimut baringlah depan tv sambil ditemani Popia Nasuha.  Tau-tau terlelap je kan.  Dapat mesej dari boss bagi greenlight untuk ammi failkan dokumen ke mahkamah, kita bangun, on laptop buat apa yang patut pastu sambung tidur lagi.  Nikmat betul.

Esok paginya tu cuti Maulidur Rasul, walaupun dah sihat sikit tapi malas pulak nak memasak.  Barang kat dalam fridge tu pun banyak yang dah tak ada.

Kita gi sarapan kat luar jelah pastu ammi kononnya nak gunalah duit RM100 MySara tu.


1st time ammi makan kedai mamak ni.  Itu pun sebab ada kawan abah kata tosei dia sedap.  Oklah...sedaplah juga.  Si kecik ni siap hirup kuah dal roti canai dia.  Sedaplah kot.

Dah siap moh la kita ke Mydin.  Tapi pergi kalini harga beras Al-Maheera tu dah bukan RM29 lagi dah.  Dah jadi RM38++ pulak.

Masa nak membayar tu satu hal pulak.  Scanner MyKasih tu buat hal.  Terpaksalah adik cashier tu key in satu-satu nombor barcode ke dalam sistem mykasih.  Kesian.

Balik dari Mydin ammi ingat ammi masak dan dorang makanlah sebelum solat Jumaat.  Tapi ammi lupa ammi masak apa uolls.  Inilah masalahnya bila masak pastu tak ambil gambar.

Post a Comment

8 Comments

  1. Biasala kalau tak ambil gambar gitulah jadinya... takde content sebab tak ingat.

    ReplyDelete
  2. Berjangkit juga sakitnya ye Ammi. Syukurlah tak teruk dan tak berjangkit dengan yang lain. Sedap nasi goreng Ammi. Bijak Ammi tambah kobis bagi nampak banyak. Jenis suka kobis mesti menikmati betul nasi goreng ni. Tak guna lagi Mykasih tu, tengok kat Mydin masih ramai lagi beratur panjang. Kita tunggu surut dulu. Nak restock beras juga. Masa ni pulak dorang ambil kesempatan naikkan harga kan. Ini namanya mengambil kesempatan atas kesempitan. Kalau harga biasa tu, orang dah boleh ambil barang lain untuk cukupkan seratus.

    ReplyDelete
  3. wah banyak juga beza naik harga tu. camni rm100 pun tak cukup bila barang naik harga

    ReplyDelete
  4. Beras Al- Maheera tu akak beli 4 kampit masa pi Mydin hari tu..yg pepel tu harga masih RM29 tapi terpaksa bayar cash...esoknya dah naik jadi RM38...hahaha...ni yg x dapat guna mysara sebab beratur panjang giler tu..penat beratur je la...beras Al- Maheera tu best rupanya...

    ReplyDelete
  5. MZ jrg2 masak dan biasanya masak ulang2 menu sama so MZ tak snap gmbr hahahaha

    ReplyDelete
  6. fuh nasi goreng pedas berapi...kita xleh pedas2 tp husband suka pedas....

    ReplyDelete
  7. alhamdullilah ammi dah sihat. dekat cyber ni pon sama...disebabkan sara, beras habis langsung.

    ReplyDelete
  8. nasi goreng mcm ni ada telur mata cair...fuhhh kompem sy mkn bertambah hehehe

    ReplyDelete