Alhamdulillah. Akhirnya ammi masak nasi lemak kali ke-3 sepanjang ammi bergelar isteri. Bukan baru 3 tahun jadi isteri, dah 21 tahun tapi jarang sangat sampai seru nak masak nasi lemak. Mungkin sebab ammi bukan peminat tegar nasi lemak kot.
Disebabkan Jumaat 29/8/2025 tu ammi work from home, makanya masa masak lunch tu ammi masak terus sambal untuk nasi lemak. Ammi buat ikut citarasa anak-anak. Dorang suka sambal ikan bilis yang ada bilis goreng di dalam.
Alhamdulillah lebih kurang jam 3 lebih abah dan Khilfi sampai rumah dari Melaka. Jam 5 petang Kyra pulak sampai dari Segamat. Yeayyyy keluarga kami lengkap berlima.
Ammi teringat mamacella ada kata dia masak nasi lemak guna santan kara serbuk. Gigih okkkk kita gi cari lepas jemput Kyra di stesen keretapi.
Gambar ni dari google je.
Lepas subuh hari Sabtu tu, beriya ko gi kidnap daun pandan rumah nenek sebelah. "Cik Zara, La amik daun pandan tau", cakap saya didalam hati. Ahaksss. Cakap dalam hati je sebab acik tu kata, nak ambik, ambik je.
Sesambil masak nasi, ammi siapkan bahan lain. Ada tempe dalam esbok baki masa buat
ayam geprek haritu. Mehlah kita potong lumur ngan tepung bestari je, goreng ikan bilis, potong timun, salad, pastu jom Kyra kita gi walking manja-manja.
Ammi cakap ngan Kyra, suruh dia jog je macam biasa sebab ammi taknak jog ammi nak walk je. Bukanlah taknak jog tapi lebih pada TAK LARAT NAK JOG. Ahakss. Disebabkan Kyra jog jadi dia sampai awal di depan rumah along ammi, kyra kata beriya dia memanggil-manggil mamanya tapi tak ada orang. Ye kakak, memang tak ada orang sebab mama awak dah gi camping dari semalam lagi. Rindulah tu dengan mama babahnya.
Sampai rumah, kita kupas telur pastu moh le makan bersama.
Alhamdulillah untuk nikmat makan sarapan bersama. "I miss this sambal soooo much", kata Kyra. Setakat ni katanya sambal ikan bilis ammi paling sedap ditekaknya. Yelah nakkk ooiiii, gitulah anak. Mak ko goreng ikan pun ko kata sedap padahal lumur garam kunyit sama je macam orang lain.
Dan betullah, rasa sedap nasi lemak guna santan serbuk ni. Wangi bertambah-tambah sebab serbuk yang ammi beli tu ada pewangi pandan.
7 Comments
Memang nampak sedap :)
ReplyDeleteokla tu dh 3x masak..kita langsung tk pernah masak....biasa kita tlg rebus telur je ..lain2 MIL yg masak hehe
ReplyDeleteSiap kira lagi tu Ammi. Mudah juga kalau guna santan serbuk ni kan. Boleh buat stok tahan lama. Sesekali Ammi masak nasi lemak terus dapat pujian melambung ye. Boleh jadi pemangkin untuk Ammi masak nasi lemak selalu.
ReplyDeleteAmmiiiii kita dah 17 kahwin baru sekali masak nasi lemak. haaa haaa. tak pernah guna lagi santan jenis serbuk. nantilah kita try
ReplyDeletewah. igt tu berapa kali masak...hebat lah ammi...
ReplyDeleteUiii.. 21 tahun kahwin baru 3x masak nasi lemak? Memang rare ni tapi tak wajib pun masak nasi lemak lepas kahwin, kan kan kan.
ReplyDeletesyabbassss!
ReplyDelete