Ammi kerja Jumaat lepas sebab boss ammi berada diluar negara dan ada brief baru yang perlu diselesaikan.
Ammi siapkan baju melayu untuk anak bongsu berarak disekolah.
Tiba-tiba guru kelas upload gambar di group kelas. Ehhh ada mic ditangan anak bongsu.
Masa dinner ammi tanya dia kenapa Ustaz bagi pegang mic dan jawapannya "well, I have nice voice, lagipun Alipkan ketua kelas". Hahahahha...masuk bakul angkat sendiri ek kamu. Perangai sapalah ini?
Tamat waktu persekolahan, abah jemput Alip dan terus shoot ke Melaka pulak nak jemput si Abang. Baru je hari Rabu hantar dia kembali semula ke asrama, hari Jumaat dah jemput balik. Macam masuk sekolah main-main pulak ye. Begitulah bila Allah uji dengan sakit dan ingatlah anak pengorbanan Abah berlari-lari berkejar-kejar jemput anak-anak, pastu pepetang karang bini pulak gedik call suruh jemput di bus stand. Ahakss.
Khilfi belum sampai rumah tapi homework dia dah sampai dulu di group besar Superisme.
Tak payah nak santai sangat pegang phone 25 jam sehari ye.
Budak sekolah rendah sekarang memang tak ada homework ke ek? Tak boleh diberikan homework ke macam mana? Apsal santai sangat anak bongsu ni? Dah ammi dia pulak terpaksa duduk di rak buku dan 'mencari' homework untuk dia kat rumah ni.
Dinner kami abah tapaukan ammi mihun udang je dari kedai favourite kaklang di Pengkalan Balak.
Ammi share mihun udang ni dengan Alip sebab banyak sangat.
Khilfi ammi paksa dia makan nasi goreng yang ammi masak sebab yeeeee sekarang jam 7 korang memang tak lapar. Jap lagi pukul 9 heboh masing-masing dok bukak gobok cari mi segera.
Dalam peti ais ada nasi sikit, jadi kita goreng je pedas-pedas. Masukkan juga udang dari mihun udang tu sebab ada 7-8 ekor juga total udang dalam sebekas tu. Lumayan banyak.
Alhamdulillah untuk Jumaat yang indah.
.png)
.png)

.png)
.png)



10 Comments
alhamdulillah..
ReplyDeletenice voice ye alif hehe..sedap menu nmpk udang tu
ReplyDeleteAlip ada tokoh jadi pemimpin.
ReplyDeleteBesor portion mihun udang tu.
Mihun Udang dan nasi goreng....dua dua sedap. Wahhhh mic di tangan anak ammi la....ye lah mesti suara sedap tu.
ReplyDeletehaha mak2 jadi tak senang duduk bila anak takde homework. mungkin cikgu fikir anak2 bercuti panjang, biar dorang hu ha hu ha je :p
ReplyDeleteYe budak2 sekarang ni kurang homework. Tak pasti la kenapa kan. Zaman kita dulu kalau cuti confirm banyak kerja menanti.
ReplyDeleteHahahahaha sayaaaa sukaaaa confidence nya Alip 😄😄😄👍. Harus lah begitu, zaman sekarang tak boleh malu2 lagi 🤭😄.
ReplyDeleteDi sinipun dah tak ada homework kak . Semua tugas sekolah, ya di sekolah. Ada bagusnya juga, tapi anak saya jadi harus ditanya terus kalau nak belajar. 😔. Terutama yg bungsu, belum bisa dilepas sendiri
terliur bihun udang tuuuu
ReplyDeleteMZ bihun lover! nampak sedap tuuu
ReplyDeleteFuhyooo ketua kelas dak alip. Dia pun berlagak kemain lagi ek. Sibuk betul abah kesana kemari jemput anak-anak. Bukan dekat tu.
ReplyDeleteBanyak betul semangkuk bihun tu. Kalau saya pun tak habis. Nasi goreng masak pedas-pedas tu barulah sedap. Lagi berseleralah kalau ada udang banyak.