Hari Isninku

Harini ammi bertapa dari dalam bilik meeting di office sebabnya hari Khamis lepas, aircond di ruangan ammi tak berfungsi.  Bila dipanggil orang aircond untuk baiki rupanya compressor itu yang rosak.

Sementara nak tunggu compressor yang baru, ammi bawalah laptop yang dirumah datang ke office.  Tak kuasa aihhhh nak berpeluh-peluh kat luar tu.  


Masalahnya duduk kat dalam ni pulak, jadi kejung jari jemari walaupun ammi set aircond pada suhu 24C.  Sebab duduk sorang kot.  Tu yang kejap on kejap off.  

Pastu part kopi pun satu hal juga.  Semalam ammi pergilah cari stok coffee untuk office sebab macam dah nak habis.  Ammi kurang suka rasa kopi yang sedia ada ni sebab macam kuat pulak rasa smokynya.  Ammi ni masa memilih tu yakinlah sangat yang kat office ni yang no. 5 dan ammi pun ambil yang no. 8.  Tergerak hati nak ambil yang Hazelnut tapi hmmm kalau tak sedap karang camna pulak.  Jenuh nak habiskan satu botol.


Sekali pagi tadi hmmmmmm...yakin sangat kamu ni Sharmila.  Kan dah sama.  Layan jelah rasa smoky tu.  Mujur ambil size yang 100gm.  Terfikir gak nak beli yang size 200gm.  Huhuhu...nasibbb.

Dan kembali ke kisah pagi ini, plan ammi ni sebenarnya macam nak berpuasa pagi ni.  Masih ada baki 5 hari perlu diganti. Abah bangun sahur tapi ammi ni dari petang semalam perut agak kurang selesa.  Rasa kembung je dan kerap kentut dan sendawa.  So, kita tangguhlah dulu puasa dan kita sediakan makanan untuk dibawa ke office.


Sebab last minit jadi memang takdelah grilled chicken ke apa.  Lagi pun ammi bawa juga baki roti yang memang standardlah, kalau tinggal sekeping dua memang tersadai gitu je dalam bekas roti.  Roti kismis Alip ammi terpaksa bawa sebab ammi confirm memang dia tak akan sentuh dah plastik lama kalau dah ada plastik roti yang baru.

Lupa pulak nak top up kewpie roasted sesame dressing.  Tinggal hujung2 botol je.  Nasiblah nyiahhh makan sayur gitu.

Begitulah kisah Isnin saya yang sepatutnya berdua di office tapi tiba-tiba berkeseorangan sebab boss kurang sihat perutnya.  Ehhhh memang hari perut meragam ke apa ni?

Post a Comment

3 Comments

  1. air cond opis aku pun baru repair ni..sejuk la pulak, adoi la

    ReplyDelete
  2. opis akak ni sejuk tapi akak panas...so takde dah masalah bab ekon...sejuk la macam mana pun badan akak tetap panas..kat rumah pun sama..simptom2 heat tu dah sampai, dah berminggu dah..sejak dari tak sihat hari tu...hahaha...ni pun dah lama stop x bawak salad..dah ada yang tegur dah gemuk balik..x leh jadi ni...kena diet semula

    ReplyDelete
  3. sekrg maghrib masuk cepat kan so kalau saper2 berpuasa, boleh berbukak awal jugak laaaa

    ReplyDelete