Ini kejadian di hari Ahad 31.8.2025. Petang tu kami tukar plan untuk hantar Khilfi ke rumah adik ipar di Melaka dan esoknya Isnin dia akan dropkan Khilfi di asrama. Sebabnya kita taknak terjebak dalam kesesakan trafik luar biasa sebab itu kejadian biasa kalau ada cuti panjang sikit.
Dalam perjalanan tu kejap kumpul rumah mak tiri abah, kejap kumpul rumah dak Nora, kejap rumah dak Umi, sudahnya final sekali "kita kumpul di rumah Siti".
Sampai rumah Siti, hampir ke Maghrib. Tengok dah elok berhidang makanan.
Orang dari Seremban dah sampai, orang Melake mananya tak nampak bayang lagi?
Dak Siti ni dia macam kakak ipar ammi yang kak chik tu juga. Sejenis sedap memasak. Dan Siti ni sorang je yang mengikut jejak arwah mak ada 10 orang anak.
Kejap tu bila semua dah ada, aisehman....dari luar dengar orang nyanyi lagu birthday. Alahai korang ni....malu tau kita.
Dan bila nampak je kek, Miqa budak baju hijau ni terus "I want to sit here" (sambil tunjuk peha ammi). Budak seketul ni memang tau...dalam 4 orang adik beradik dia, dia sorang je 24 jam cakap omputih kat rumah.
Okkkkk...dah faham sangat. Kalau ada Miqa besar harapan lilin tu bakal dinyalakan dan ditiup 2-3kali. Hahahha..kita layan jelah selagi dia seronok. Dah besar baya-baya Alip karang dah takde dah momen-momen berebut tiup lilin ni.
.png)
Tengok daripada tangan yang pegang handphone tu macam tangan Alip, tapi sekeping gambar pun ammi tak dapat daripada handphone baru dia tu.
Ehhh apo payah bona lak nak tanggal plastik tetopi kek ni ha? Dak omak kek sebolah tu dah tak sabar nak makan kek.
Kek yang laku keras. Kalau ada budak memanglah sentiasa laku kek.
Terima kasih buat yang belikan kek...
Alhamdullillah kenyang. Lepas makan kita layan Badminton Paris Open tu jap.
Dapat tengok yang final double antara Pearly Tan & Thinaah vs double dari China yang drag sampai ke rubber set pastu kalah. Its ok...korang berdepan dengan double No. 1 dunia tu.
Lebih kurang jam 12 malam juga kami sampai di Seremban.
Budak ni kita tinggalkan bersama dengan Pak Asrul. Dia kalau di offer duduk dengan Pak Asrul duduk 30 hari pun tak apa. Pak Asrul pun jenis melayan je.
4 Comments
kira surprise menjadi laa ni yaa
ReplyDeleteWah bestnya ada sambutan...akak tahun ni sambut 3 beranak aje....
ReplyDeleteSampai-sampai je diraikan lagi birthday girl ni. Macam biasalah birthday kan sebulan Ammi. Selagi tak habis sebulan, selagi tu ada kejadian potong keknya. hihi..Bestlah berkumpul ramai-ramai, ada makan-makan, ada surprise. Beronok-ronok.
ReplyDeleteMujur dah cerita sebelum masuk hari Malaysia, kalau tak dah bertambah basi la. Hahaha. Meriahnya berkumpul ramai2 makan2.
ReplyDelete