Countdown SPM 2025

Hari ini bermula cuti penggal persekolahan 2025.

Khilfi akan balik harini tapi Kyra balik hari Ahad nanti.  Begitulah pengorbanan anak-anak Form 5.  Ada banyak kelas-kelas tambahan, bengkel, perkampungan ilmu yang perlu dihadiri.

Result trial haritu dah dapat tapi keputusannya masih kurang memuaskan.  Untuk rekod ammi, Kyra dapat 3A, 5C dan 1G.  Masih G lagi untuk subject Addmath ni.  Kalini G yang hampir nak ke E.  Dia dapat 38 kalau tak silap ammi. Untuk trial ni pun sebenarnya Kyra agak terkilan sebab banyak betholll C nya.  C yang dah nak ke B memang menyakitkan hati.

Tapi ammi tau anak ammi dah berusaha sehabis baik.  Abah dan Ammi pun taknak pressure dia sangat.  Kita redha jelah apa jua keputusan SPM sebenar nanti.

Dan tadi cikgu kelas Kyra dan kongsikan countdown.  Nampak je ni ehhh tiba-tiba rasa menggigil pulak tangan ammi.



Kurang dari 2 bulan akan bermula ujian lisan.


Sikit je lagi kakak.  15 Disember hilanglah semua batu berat di atas kepala.  15 Disember juga jadi hari terakhir kakak pakai baju sekolah.  Lepas ni dah boleh melawa-lawa pakai shawl. 

Tak perlu dah pakai tudung dua lapis ni.  
Tak perlu dah pakai baju kurung dan tudung warna hijau striking yang kakak kata tak kena langsung dengan kulit.  
Tak perlu dah bangun tiap hari pukul 4.30 pagi.  

Tapi dah alang-alang mata dah auto awake pukul 4.30 bangun jelah buat tahajud.  Apa salahnya kan.

I love you my baby girl.

Post a Comment

11 Comments

  1. Ya sikit lagi 💪🏻
    Sekolah Abang hujung mid week ni dah start perkampungan ilmu tapi secara online. Yg fizikal hujung cuti sekolah.
    Well done Kyra. Work harder In Sha Allah better result nanti. Abang pun kena kerja keras lagi. Harap dia pulunlah

    ReplyDelete
  2. insya allah SPM nanti bole score tu...subject add math mmg slalu begitu..bkn senang....all the best kyra utk SPM 2025 nanti

    ReplyDelete
  3. Jiayo! semoga berjaya dalam SPM nnt.
    Alaaa... addmath tu, tich@ tak pernah lulus pun masa f4 f5 dan trial. SPM sbnr baru lulus, hiii~

    ReplyDelete
  4. Good luck! Banyak masa lagi nak fokus study ni. InsyaAllah nanti SPM sebenar semua score A 💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
  5. Uwaaaaah , sebentar lagi. Tak terasa waktu itu berjalan . Nanti tahu2 dah hari H exam..saya ikut doakan Kyra sukses dalam ujian SPM nya dan bisa mendapat hasil yg membanggakan. ❤️👍👍

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah..add math tu selalunya time exam sebenarnya terus score...sama macam Linda..sebelum SPM, nak jumpa C pun susah(grading dulu lah)...bila keluar realiti, cari add math dulu..tengok² dpt A2..tak sangka betul..tapi, tula..anak tak ngikut pandai matematik.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Seram bila memikio-kan countdown SPM ni. Semoga anak-anak kita boleh hadapi dengan tenang. Amin..

    ReplyDelete
  8. i dh start nervous wpun spm my ariff tu next year. all the best utk kyra. moga dpt straight A!

    ReplyDelete
  9. Pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah sampai je masanya nanti. Seram kalau menghitung hari ni. Ghisauuu...

    ReplyDelete