Hari Isnin 1/9/2025, sepatutnya Kyra perlu balik semula ke asrama naik ETS. Tapi pagi tu dia demam dan sakit kepala. Abah bawa Kyra ke klinik dan doctor beri dia MC 2 hari.
Sepatutnya anak-anak tingkatan 5 ada ujian untuk subjek-subjek kritikal pada hari Selasa. Tapi memandangkan ramai sangat yang tak sihat makanya Ayahanda Pengetua dan Guru HEM telah sepakat untuk tunda tarikh ujian ke minggu ini.
Hari Isnin seharian anak dara tidur. Ammi kejutkan dia untuk makan, mandi, solat pastu sebab makan ubat jadi dia memang auto mengantuk. Sambil tengok tv pun hanyut.
Isnin malam, katanya "ammi, esok kalau kakak nak ikut ammi gi kerja boleh ke? Saja je nak ambil udara luar rumah". Hmmmm jomlah. Boss ammi pun tak ada kat office jadi jomlah kita.
Pagi belikan dia sarapan bagai pastu park kan dia dalam satu bilik ni bersama laptop dan bahan belajar dia. Ammi sambunglah buat kerja macam biasa.
Dalam pukul 11 camtu bila ammi masuk nak tengok ehhhhhh...lain maciam sudah.
Dia makan ubat selsema mengantuk terus jadinya. Tengahari ammi order subway je untuk kami berdua. Lebih kurang pukul 4 ammi dah keluar dari office. Semua yang ammi tunggu dah sampai, kerja semua dah settle jadi marilah kita pulang.
Sambil tunggu dia solat Asar di surau MRT, kita snaplah kasut ni. Kasut yang lain comelllll je...sampai kat kasut anak kita tu dia. Dah serupa kapal.
Dalam bus sempatlah dia layan anime dia guna laptop je. Earphone tak bawa, handphone tak bawa. Dia lupa dia kat rumah katanya. Tu yang tak heboh nak pack handphone bagai.
Ammi try connect earphone ammi ke laptop ammi ni tak boleh pulak. Tengok anime tu kalau pakai earphone bukan paham pun...tengok jela bisu gitu baca subtitle je sudah.
Esoknya hari Rabu abah yang hantar dia ke asrama lepas Alip habis sekolah. Abah bekalkan berapa botol 100 plus ntah untuk anak daranya.
Dan hari Rabu tu ammi pulak yang demam. On the way balik kerja dalam bus kebetulan bos call dan dia terkejut dengar suara ammi. Ammi ni insist nak datang kerja hari Khamis sebab ada perkara perlu difailkan di Mahkamah. Memang boleh buat dari rumah tapi laptop office yang ada kat rumah tu tak berapa nak sync dah sekarang ni entahlah kenapa. Terus ayat dia "I decide and you listen".
Baiklah....hari Khamis ammi kerja jelah dari rumah. Mujur tak meragam laptop tu masa nak filing, yang dia meragam masa nak issue out email. Jadi nak sangat saya kerja dari rumahkan... ammi hantar semua isi kandungan email, attachment ke whatsapp boss dan suruh dia je hantar keluar email tu. Memang tak function terus email ni. Selesai kerja tu ammi sambung makan ubat dan tido.
5 Comments
Alahai....demam semuanya ye....kesiannya Kyra...harap2 minggu ni dia dah sihat la...minggu ni semua balik x? cuti panjang ni
ReplyDeleteSekarang kalau kurang sihat mesti boleh berjangkit. Syukur tak lama sakitnya tu. Dalam sakit-sakit tu larat pulak dia ikut Ammi. Harap dah sihat lah ni.
ReplyDeletedemam berjamaah lah tu...shafakillah ammi
ReplyDeleteAduh, memang musim ye sekarang..Gws! Boss bagi rest..kena rest jela kak.hehee..
ReplyDeletesemoga semua cepat-cepat sembuh , aamiin
ReplyDelete