Abah Masak Apa (11)

Minggu lepas ammi cuma ke office 2 kali je.  Patutnya hari Jumaat kena masuk office sebab nak sort out document tapi kita selesaikan hari Khamis supaya Jumaat kita boleh kerja santai dari rumah.

Tapi ammi rasa WFH hari Jumaat 19/9/2025 adalah WFH yang paling ammi bekerja dengan bersungguh-sungguh.  Ammi kerja sampai pukul 6 petang uolls.  Walaupun bukanlah sepanjang dari pukul 9 hingga 6 tu ammi menghadap laptop tapi ammi kena be on standby.

Disebabkan itu, ammi serahkan je tugas memasak pada Abah dan Abah pun sub kan tugas memasak pada Khilfi dan Alip.  Wahhhh habis semua lelaki dia bawak masuk konti.  Ammi dan Kyra kita santai buat kerja kita.


Masak lemak cili api pucuk pegaga.  Segera betul siapnya rupanya suami saya bijak uollls.  Dia dah beli sesiap paste masak lomak kat Tiktok.  Wahhhh hebatnya kamu.  Patutlah ammi tak dengar bunyi dia blend apa-apa.


Ini pun sama.  Abah suruh Khilfi siang udang, ammi ingat dia nak masukkan dalam masak lomak rupanya dia nak buat sambal.  Dan ammi pun macam wahhhh abah jarang buat sambal sebab selalunya ammi memang akan buat ibu sambal bebanyak.  Nanti abah tinggal cedok pastu adjustlah ikut apa yang dia nak masak.

Kalini sekali lagi dia bijak uollls.  Paste sambal pun dia beli online juga.  Lain macam juga bila member dah pandai beli barang online ni ye.  Pastu ayat dia "ehhhh kata tak manis, apsal manis ni?"... puaslah dia adjust letak serbuk cili nak bagi pedas.  Aterrrr, orang Melake mana makan sambal memanis uollls.  Pastu siap pause masak sebab dia rasa sambal tu BOLEN tak ada petai.  Dia gi naik motor cari petai pulak.


Masa abah keluar gi cari petai tu ammi take overlah dapur abah kejap.  Kita nampak abah dah defrost pedal.  Jadi sebagai isteri yang dah 21 tahun kahwin dengan suami mithali ni, ammi tau dia mesti nak buat pedal goreng.  Jadi ammi lumur pedal tu dengan kunyit dan garam dan marilah kita goreng.

Ehhhh dia balik dia tambah bawang pulak kat pedal tu.  Memang level lain suamiku hari Jumaat tu.  Selalu pedal dia togel je.  


Sayur terung belado baki hari Khamis jangan dibazirkan.  Disebabkan rasanya cuma ada 9 potongan je terung tu maka ammi suruh Khilfi panaskan dalam microwave je.

Sekian saja lauk kami di hari Jumaat.  

Post a Comment

1 Comments

  1. meriah la dapur tu bila yang lelaki lelaki kiriman tuhan ni memasak ye....haihhh...bila la lakiku ni nak pandai masak agaknya

    ReplyDelete