Temujanji klinik gigi

Ammi sejak dari kali pertama datang check gigi bulan 5 haritu ammi dah set appointment untuk buat rawatan scaling.  Lama dah ammi tak bersihkan gigi.  

Kali pertama pergi ni pun sebab dicadangkan oleh general doctor di Klinik Kesihatan sebabnya ammi mengadu selalu macam terkena renjatan elektrik di sekitar kanan bawah mulut.  Masa pergi kali pertama doctor berjaya selesai masalah itu lepas dia buat pemeriksaan pada semua gigi.  Ada lubang di dalam gigi rupanya.  Luar gigi kelihatan elok, tapi lubang di dalam gigi.  Uihhh lain macam.

Disebabkan ammi selalu dapat WFH hari Jumaat, jadi ammi cuba set appointment hari Jumaat awal pagi.  Kalau kata perlu tukar kita boleh reschedule date tu tapi mungkin lambat lagilah dapat date nya.



Sampai klinik, kita scan QR di kaunter dan automatically status dalam sistem MySejahtera pun akan bertukar kepada "checked in".


Tenang tak ramai orang.  Ada 8 bilik kesemuanya kalau tak silap ammi tak pastilah pulak kalau kesemua bilik rawatan ada pesakit.


Sebagai pesakit luar (swasta) kita kena RM1.  Pastu kita dapat pulak 1 tube toothpaste sebab buat temujanji melalui mysejahtera.  

Dalam bilik rawatan, ada satu doctor dan satu pembantu.  Kalau di private setiap kali prosedur akan ada pembantu yang berdiri di sebelah sambil pegang tiub untuk sedut airliur kita.  Tapi di klinik kerajaan, ko pegang sendiri je.  Ko agak-agak je nak pegang macam mana janji benda tu sedut airliur ko yang bertakung dalam mulut tu.


Pembantu tu akan letak penyedut ni dalam mulut pastu dia minta ko pegang sendiri.  


Lepas rawatan doctor akan serahkan satu kad bayaran bergantung pada jenis rawatan yang ko buat.  Macam ammi haritu sebab cuma scaling jadi cajnya cuma RM2 aja.  

Wahhhhhh.  Murah teruk ni.  Ini pertama kali ammi buat scaling di klinik kerajaan.  Selalu harga dalam range RM80-120 untuk sekali scaling.


Pastu ko boleh check oral health ko kat mysejahtera.  Ammi dinasihatkan untuk buat rawatan berkenaan Gingivitis.  Jenuh mak google apa kejadahnya gingivitis ni.  Ginger i taulah.

Cepat sangat.  Ammi keluar rumah pukul 8.20 pagi sebab appointment pukul 8.30am.  Jam 9.30 ammi dah sampai dirumah semula dan acah-acah buka laptop kot-kot ada kerja.  

Silalah ke klinik pergigian kerajaan berhampiran anda.  Sekian promosi saya.

Post a Comment

5 Comments

  1. Okey la...memandangkan Ammi yang promote..nak pi la..hari hari ada ke tu?

    ReplyDelete
  2. Ngilu kan lepas buat scalling tu? Aaa.. kena pegang sendiri tu, dah la terpercik² rasa macam ada simen dalam mulut, hehe. Kita tak pernah buat dekat swasta, tapi macam tak mahal sangat tu harganya tapi kalau ada yang RM2, buat apa nak bayar yg RM200 kan.

    ReplyDelete
  3. Selalu disogokkan Klinik Gigi gomen ni, doktornya garang.
    Pasni ammi sentiasa tersenyum kerana gigi telah dirawat.

    ReplyDelete
  4. Kawan saya kata buat scaling gigi di hospital kerajaan sangat memuaskan. Cuma, kena sabar sikit tunggu giliran janjitemu.

    ReplyDelete
  5. murahnyaaaa kos scaling kat klinik gigi gomen! jimat sgt2 ni

    ReplyDelete