Haritu ammi download semula aplikasi MySejahtera. Lama dah ammi uninstall sebab rasa macam menyemak je banyak-banyak apps kat phone.
Ammi download pun sebab masa pergi check gigi di Klinik Pergigian katanya kalau nak buat scaling kena buat appointment melalui MySejahtera. Kita pilih sendiri tarikh yang sesuai berdasarkan apa tarikh yang klinik tu available.
Dah selesai tu, ammi pun godeklah. Okkk, semakin baik appsnya. Surprisingly apa ubat yang klinik kerajaan bekalkan pada ammi pun ada disenaraikan disitu secara automatik.
Sejak bila, ubat apa, berapa dos. Bagus.
Rasanya kalau semua medication record kita masuk kat sini pun senang juga. Manalah tau tiba-tiba pengsan tengah jalan jadi dengan hanya masukkan nombor kad pengenalan boleh tau kita makan ubat apa. Apa sakit kita. Mudah kot daripada doctor nak soal...Puan makan ubat apa, sejak bila, sakit apa...
Pastu godek lagi...
7 Comments
ooo...kena update app ni..mudah bila ada online info...
ReplyDeletewah..baru tau. aku pun terus godek my sejahtera..ye la..makin improve la kann
ReplyDeleteSetuju, sekarang dah semakin membaik apps MySejahtera. Lebih mudah semuanya ada rekod di situ. Lama tak bukak apps tu, tapi belum sampai tahap uninstall lagi.
ReplyDeleteoo.. baru tahu ada update baru kat mysejahtera ni.. boleh la try update lepas ni.. ^^
ReplyDeletePenangan PKP dan covid lah semua kena pakai apss. Ahkak pun walaupun masih instal dah lama tak jenguk dia. Apa dalam pun tak tahu. aduhaiiiiii orang kkm pun tak tahu. hehehehe
ReplyDeletebagus sebab apps ni dah ditambah baik...apa-apa maklumat kesihatan semua refer dekat sini
ReplyDeleteTakleh walk in erk...malas nyer nak install balik Mysejahtera ni...nak htr suami check gigi kat situ...akak dah ada elaun company bagi kat swasta..RM500 untuk rawatan gigi
ReplyDelete