Rasanya yang minat Manchester United cuma sorang je dalam rumah ammi ni. Tapi tiba-tiba sekarang ni kat Google ammi selalu je update pasal segala benda berkaitan MU. Jadual pertandingan bagai. Dan haritu masa kat office tiba-tiba kat jam ammi ha hambikkkkk, keluar logo MU terus sebab ada update di Google.
Tak memasal je kan.
Hari apa ek...Jumaat ke Sabtu ntah ammi dapat notification lagi tentang jadual perlawanan MU. Ammi cakap ngan Alip dan dia pun macam "Alip dah tau, Alip dah kunci jam pun". Wahhhh advance.
Hari Ahad 3/8/2025 pukul 4.50 pagi dari dalam bilik kami, ammi terdengar bunyi alarm handphone. Bukan main lama lagi berbunyi tapi tak dimatikan. Haippp, ini boleh mendatangkan marah. Ammi pun bangun dan tengok phone Alip yang berbunyi tu. Kejutkan dia, dan dalam keadaan agak mamai dia terus buka TV (dia memang tidur dengan jersey MU malam tu). Nak tengok game MU versus Everton. Game pukul 5 pagi.
Tapi, ehhhh apsal takde apa pun kat TV. Dia masuk channel ni, masuk channel itu semua tak ada.
Rupa-rupanya, game itu 4/8/2025 (hari Isnin)....bukan Ahad.
Dan pagi Isnin awal betul TV ni terpasang. Ni waktu ammi nak keluar rumah dah ni...
Peminat setianya gigih bangun awal pagi nak tengok bola. Dahhhh, dah dekat nak half time, pergi mandi dulu. Jap lagi nak solat pastu nak pergi sekolah.
Ammi dah pergi kerja jadi dia nak taknak kena pergi sekolah. Kalau dengan abah memang tak beranilah dia nak hokhek ngengada taknak gi sekolah.
Petang tu ammi sampai rumah ngam-ngam waktu azan Maghrib. Sebelum abah keluar jemput ammi, abah dah kejutkan dia yang penat agaknya sekolah seharian dari pagi sampai ke petang. Abah suruh dia mandi sesiap sebab nak makan pastu pergi mengaji.
Kami sampai rumah, ehhhh dia masih terlena atas sofa dengan seluar sekolah dan singlet. Tak memasal je kena tarik sideburn dengan abah. Kesian juga ammi tengok dia kena marah tapi bila sorang marah anak yang sorang lagi silalah diam walaupun dalam hati membuak rasa kesian. Cuba kalau kita mak-mak ni yang marah anak...hahahahha...ok je uolls.
0 Comments