26.7.2025 genap 4 tahun perginya arwah mama.
Kebetulan tahun ni tarikh itu jatuh pada hari Sabtu, maka ammi pun gunakan kuasa veto seketul angah dan paksa adik dan along ammi ambil cuti. Ammi nak buat tahlil untuk kesayangan yang telah pergi.
Sebelum tu sebagai tuan rumah, takkan kita nak buat tahlil tak bagi orang dalam rumah makan. Pepagi abah dan ammi ke pasar. Beli apa yang patut. Tahlil ni kami buat selepas maghrib di surau berhampiran. Kita pack makanan siap-siap.
Plan asalnya ammi nak buat sup petola letak fishball, suhun bagai. Lawan dengan ikan balado. Sekali masa gi beli ayam di pasar, abah minta penjual tu debone ayam tu (untuk menu tahlil) dan ehhhh banyak pulak tulang, leher, kaki semua. So, kita ubah menu lunch.
Ammi masak sup ayam (leher, kaki, tulang) letak ubi kentang, petola tumis air, tempe goreng, ikan mambong balado dan telur dadar yang gagal to the max. Sebab tak jadi telur dadar dia jadi scramble egg. Tapi apa ada kesah...kalau dah namanya telur, masak apa pun confirm laku keras. Alhamdulillah.
Untuk menu tahlil ni ammi plan nak buat yang mudah je sebab kami bukan "ahli pandai masak". Ammi plan nak buat ayam kunyit, dalca sikit dan sambal belacan. Tup tup adik-beradik abah nak sponsor masak lomak daging. Ok jadi kita keluarkan dalca dari list.
Along ammi tugaskan kat bahagian potong memotong sebab dia tak boleh berdiri lama.
Ammi buat ayam goreng kunyit dan macam-macam (dah namapun rumah sendiri...diri sendirilah kena lari sana sini)
Tikah (adik ipar ammi) buat sambal belacan dan lain-lain.
Kak Chik (akak ipar) dan Umi (adik ipar) datang tapaukan masak lemak daging. Masuk dalam plastik pastu nanti kita masukkan je dalam box tu. Terima kasih anak-anak arwah Pak Mentua sebab sudi taja lauk untuk tahlil ni.
Sambal belacan tu sedap sangat....adik ipar buat style Kelantan. Okkkk pasni angah kena belajar dari awak. Yang ammi nampak dia bakar dulu bawang kecil, bawang putih, cili, pastu guna air limau kasturi, asam jawa dan dia blend sekali dengan kulit limau tu. Lain macam perginya.
Menu Tahlil Kami
- Nasi putih
- Ayam goreng kunyit (campur carrot, cauliflower, bawang holland)
- Masak lemak daging
- Telur masin
- Sambal belacan
- Timun
- Air mineral
Bila dah berikat gini barulah macam...alaaaaaa tadi nak ambil gambar masa susun cecantik kat atas meja. Alaaaaa tadi nak itu. Tadi nak ini. Arghhhh sudahlah kau Sharmila.
Dah alang-alang anak kami pun nak periksa, imam kata boleh sekalikan aja. Alhamdulillah, selesai dah hajat ammi nak buat tahlil untuk mak ayah dan mentua, adik, kawan baik ammi. Ada rezeki lain nanti kita buat lagi.
0 Comments