Khilfi berPDPR seminggu ni bermula 15.8.2025 hingga 25.8.2025 sebab sekolahnya jadi tuan rumah penempatan untuk peserta-peserta Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2025.
Tahun lepas Khilfi masuk, tahun ni idea teammates mencurah-curah tapi tulah, sekadar idea tapi tak ada sorang pun yang boleh menggerakkan termasuklah anak bujang ammi. Jadi sejak Jumaat lepas dia adalah dirumah.
Hari Ahad kami sarapan pagi macam biasa. Masa sarapan ammi cakap ngan Khilfi..."jap lagi ammi sapu rumah, abang mop bersih-bersih tau". Lepas sarapan, keluarkan ikan dan duduklah jap, pastu eh lama pulak duduknya sambil main wordle. Dalam jam 10.20 pagi camtu, tiba-tiba ammi terbersuara kat abah "rindulah kat kakak". Abah terus macam "jom siaplah kita gi tengok kakak". Ohhhhhh dengan pantas ammi bersiap. Siapkan juga anak-anak bulu dirumah, masukkan semula ikan tu dalam peti ais. Mesti abahpun rindu kat kakak tapi sesenyap je simpan sorang-sorang. Elehhhhh.
Kami gerak dari Seremban jam 11.05 pagi. Kalini kita ikut cadangan Fiza sebab ammi macam dah muak lalu Tampin. Pergi sekolah Khilfi lalu situ, gi sekolah Kyra lalu situ. Dah bosan.
Kami ikut laluan Kepis tu sebab Waze suruh ikut situ. Haaa lega sikit pandangan mata. Tengok suasana berlainan. Ok...kita lock untuk guna route ni lain kali.
Dalam perjalanan, ammi puaslah fikir apa nak beli untuk anak-anak makan. Kyra tak call, dan confirm dia akan gi dewan makan nanti. Jadi kita beli yang senang jelah.
Cari Marrybrown dan Domino's, kedua-duanya kena ke Bandar Segamat. Malas pulak nak lajak sampai situ. Jadi kita tukar...kita beli je ayam goreng Muiz sebab jumpa itu dilaluan yang sama. Pastu kita singgah Pizza Hut jelah. Ayam goreng Muiz ni boleh tahan juga harganya. Happy bucket 5 ketul=RM22.00. Takkan nak beli 5 ketul...kenalah beli 2 set.
Lebih kurang jam 1.30 kami sampai sekolah. Patutnya awal lagi dah sampai. Tapi berhenti beli ayam, beli pizza, pergi Econsave beli biskut, air, pinggan plastic nak buat makan-makan.
Khilfi dan Khalif gi ke makcik guard mintak paging nama kakak. Tapi makcik tu kata "Kyra kat surau lagi tu". So, makcik tu mintak ada sorang pelajar tolong panggilkan Kyra. Demi anak sanggup si Abah berdiri ditengah mentari yang terik bersinar. Ahaksss...drama pulak mak ni.
Berlari dia datang kat kereta. Benda macam ni pun dah buat ammi sebak sebab yelah, kita rindu kat dia boleh tengok video-video dia, boleh distract rindu tu dengan main phone. Dia kat sekolah tu rindu kat kita ni kena juga hadap buku, buku dan buku.
"Semalam kakak call, ammi tak cakap pun nak datang".... ye nak. Ammi pun tak ada plan nak datang. Awak terkejut, ammi pun terkejut jugak.
Alhamdulillah dapatlah kami berlima bersama. Campur 2 orang kawan kakak, Hanun dan Afrina. Kita makan sorang sikit apa yang ada.
Selesai makan di kantin, kita kemas balik meja, sampah bawak masuk dalam kereta.
Dekat pukul 4 juga baru kami gerak dari sekolah Kyra. Tu ha barang yang ammi belikan untuk dia di Econsave.
Masa nak balik tu lama dia peluk abahnya. Kita buat-buat tak pandang sebab nanti kita sedih.
See u in 2 weeks time kakak. Patutnya bulan 9 nanti baru boleh balik. Tapi memandangkan National Day pada Ahad dan Isnin pun cuti jadi cikgu bagi kelonggaran untuk balik. Yeeeee marilah pulang.
4 Comments
Alahai... Seronok dpt kumpul ramai2.... Alhamdulillah
ReplyDeletenampak muka kyra sgt happy tu masa wefie mkn2 tu
ReplyDeleteTak jauh pun kak Ammi, boleh pergi balik hari setiap minggu. hihi...Okaylah kan ikut route tu jalan kampung tapi lancar. Kalau barang atau makanan tu boleh beli kat Gemas. Ada TF juga dekat area simpang Kem Sirajudin tu. Kalau nak lajak ke Segamat memang malas, jauh nau dari sekolah tu pun. Buloh Kasap tak ada apa pulak. Tapi Taman Yayasan pun okay juga, ada pasaraya Billion.
ReplyDeleteEh eh kita pulak yang sebak masing-masing berjumpa. Abah mana nak tunjuk rindu. Diam-diam menahan rindu pada anak. hihi...
apesal akak plak yang sebak dan meleleh air mata ni....aduiiiii.....tapi akak ngan Nia x macam ni..kami close tapi jiwa kami jenis sempoi bila berjumpa..xde dia nak manja2 peluk2 de..anak tunggal memang cenggitu kot kan?
ReplyDelete