Makan malam di Bagan Lalang Seaview Restaurant

Selesai di majlis persandingan anak Kak Seha, kami gerak slow-slow balik ke Seremban.  Singgah solat Asar dulu kat Morib (walaupun dekat sangat dah dengan kampung ammi, tapi ammi durhaka tak singgah pun rumah pakcik).

Masuk je masjid, terus tukar baju.  Perghhhhhh nikmat betul bila dapat buka baju kurung dan ganti dengan seluar.  Resah gelisah ammi sepanjang perjalanan dari Seremban tu sebab cuaca panas pastu kena pakai baju kurung.  

Lebih kurang jam 6 kami sampai di area Bagan Lalang.


Dengan anak-anak pun ammi paksa tukar baju juga sebab rasa macam rimas betul pakai kurta tu dengan cuaca yang panas lit-lit.  

Dah sampai sini pastu tak tau nak makan kat kedai mana.  Abah macam, kedai ni kita dah makan, kedai tu dah makan.  Kita try kedai lain pulak. Ok...awak cari kedai, saya dengan anak gi jenjalan tepi jeti jap.  Banyak ikan belacak dan anak-anak ketam di tepi air.  Nak turun memang taklah sebab agak berlumpur dan semak kat bawah tu.  Kita tengok jelah dari atas jeti.

Akhirnya, kami bergerak ke Bagan Lalang Seaview Restaurant.  Abah dan ammi naik kereta, anak-anak berlari di belakang sebab Khilfi kata "dah lama abang tak jogging".  Baikkkkk silakan jogging dibelakang kereta.

Mula-mula sampai sini ammi macam, ehhhh ni kedai Melayu ke Cina sebab ammi nampak ramai orang Cina makan kat sini.  Ok, confirm ini kedai orang Melayu.

Abah masih kenyang lagi sebab makan agak banyak di kenduri kahwin tadi, tapi ammi lapar sebab ammi makan sikit.  Ammi bila tak selesa jadi gitulah...makan pun tak lalu.  Ngada-ngada betul perangai.

Kami order 

Kangkung goreng belacan
Sup cendawan
Ketam masak pedas (2 ekor je)
Sotong goreng tepung (3 ekor)
Kerapu stim pedas
Nasi putih 3


Sotong goreng tepung tu sangat sedap dan lulus.  Tak banyak tepung dan bukan macam cekodok.  


Ammi rasa ammi lebih prefer siakap bila distim banding dengan kerapu.  Okkkk maafkan kesilapan saya waktu order.  Tulahhhhh lain kali bila suami cakap sila dengar....

Dannnnnn ammi rasa makanan kat kedai ni lebih sedap kalau dibandingkan dengan kedai satu lagi yang famous di Bagan Lalang.  Sedap dan laju.  Mungkin crowd kedai ni tak seramai kedai itu atau mungkin kami yang terlalu awal untuk dinner.

Harga untuk pesanan kami cuma RM160++ termasuk air.  Ada ikan, sotong, ketam tu kira murahlah tu kan.


Ammi yang paling last selesai makan sebab abah tak larat nak makan dah.  Kalau dulu abahlah "ahli majlis" sekarang ammi pun kena sama-sama take over jawatan tu meratah lauk sampai habis.

Gigih si kecik ni mencari model handphone yang dia nak beli.  Duit ada 400 tapi macam-macam model canggih yang dia nak.  

Post a Comment

0 Comments