Hari ini bermulalah perjuangan anak-anak batch08 untuk menjawab peperiksaan percubaan SPM.
Terima kasih barisan guru-guru dan pentadbir SESS kerana bertungkus lumus dalam memastikan anak-anak dalam keadaan yang bersedia. Terima kasih juga kerana cakna akan idea-idea dari parents, dan sentiasa menerima cadangan daripada parents untuk membawa masuk tenaga pengajar dari luar untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan anak-anak.
Terima kasih juga pada parents yang 'bekerja keras' dalam memastikan anak-anak cukup makannya, tak lapar sepanjang berlangsungnya Perkampungan Ilmu hujung minggu lepas. Terima kasih kepada 'tangan-tangan ghaib' parents yang menyumbang wang untuk menaja makanan anak-anak. Tak sempat kami nak pandang whatsapp tau-tau tabung sumbangan dah ditutup. Alhamdulillah.
Menu break dan supper anak-anak.
Selamat maju jaya anak-anak Warriors2425 sekalian dan juga anak-anak batch08 yang lain.
0 Comments