Baca blog kak SA dan perjalanan kurangkan berat badan dia yang mengagumkan itu, maka ammi pun cubalah untuk follow mana yang larat. Protein shake ko duduk situ dendiam jap. Ammi nak try cara lain dulu.
Tapi ammi dah rasa shake perisa green tea tu (ammi taste kosong je tanpa blend). Sedap gak. Ada rasa pahit-pahit teh tu.
Antara bekalan ammi ke office yang kononnya juga untuk cuba kurangkan berat badan dan kembali bersama dengan cabaran #roadto55 ammi. Sekarang ni berat ammi dalam range 62-63kg. Tinggi 153cm. Dan kalau kat mesin penimbang yang boleh bercakap tu dia akan cakap "YOU ARE OVERWEIGHT".
Ini pun racun kak SA juga. Dia share kat WhatsApp jadi moh le kita cuba memandangkan carrot dan kobis memang antara sayur paling selalu ada dalam peti ais.
Hiris nipis kobis dan carrot, pecahkan telur, perisakan sikit pastu grill. Sayur dah layu sikit, pecahkan lagi sebijik telur ditengah dan ikutlah level cair macam mana yang korang suka kat telur kuning tu. Sedap dan mengenyangkan.
Thank you kak SA....nasib baik dia racun kita dengan perkara yang murni-murni je.
.png)
Wrap telur pastu timun dan yao mak tam. Kita bawa je baki sambal ayam penyet (tak berapa nak jadi sebab derhaka tapi sedapppp) untuk dicicah dengan sayur.
Buat spagethi untuk anak-anak pastu bawaklah sikit ke ofice bersama yao mak tam lagi dan tomato. Plum tu memang buah yang ada kat office...selit je kat situ nak bagi dia masuk sekali dalam frame. Kesian dia sejuk dalam peti ais.
Ini sarapan ammi di rumah hari Jumaat sebenarnya. Guna peri-peri sauce yang dah beli lama sebab kononnya dia low sodium, low MSG, zero sugar, zero cholestrol. Sos ni serius tak sedap ditekak tapi dah beli silalah guna. Yelah benda nak sihat mana nak sedap kan. Nak sedapkan ammi tambahlah roasted sesame sauce tu sikit.
Spicy grilled chicken with mushroom and yao mak tam (yang tak habis-habis) dan timun. Masa nak makan tu gaulkan je sekali sebab lupa letak kewpie sos kat sayur tu.
Garlic grilled chicken dan sayuran. Cherry tomatoes, yao mak tam dan timun. Masa nak makan ko masukkan dalam mangkuk besar pastu kita gaulllll. Pastu ko kunyah macam makanan tu shhhhedap shangatttt.
Setakat hari ini masih tiada perubahan pada angka. Ammi ni ada masalah pembuangan sebenarnya. Walaupun dah makan sayur di office dan dirumah still taknak membuang. Geram je. Camna nak detox bagi dia keluar ni?
3 Comments
waaa semua healthy menu niii. terbaek la ammi
ReplyDeletemmg healthy menu bekal tu...tk gigih la nk bw bekal ...kira road to 60 by end of the year....berat dok static je ni...tk byk turun tp naik skit2 kena control hehe
ReplyDeletemungkin ammi boleh try consume susu atau yogurt untuk bantu masalah pembuangan tu.. bagi sis, dua item ni memang cepat je buat sis membuang..
ReplyDelete