Sarapan dengan teh biokenaf

Ini kisah hari Jumaat lepas.  Hari Khamis tu boss ammi dah cakap yang ammi tak perlu kerja hari Jumaat.  Yeayyyy.  Boss perasan yang dah beberapa minggu ammi kena datang kerja hari Jumaat.  Ammi ok je sebab ammi memang dibayar gaji untuk bekerja.  Tapi kalau boss kata takyah datang, kita sebagai pekerja yang baik kena dengar cakap bos.  Jangan melawan.  Nanti durrrrhaka.  Ahaks.

Pagi tu lepas Subuh ammi siapkanlah sarapan si bujang kecik ni.  Harini dia sekolah 1-2 jam je sebab ada hari jejak prestasi disekolah dia.  

Memula ingat nak buat nasi goreng tapi ehhhh tak bestlah kalau kita pun kena makan nasi goreng tak berapa pedas.  Maka ammi buatkanlah dia mi segera perisa ayam.


Tak perlu tanya, nak ke taknak, memang dah tau jawapannya NAK.


Untuk abah dan ammi, ammi buat nasi goreng ikan masin pedas.  Ammi ingatkan ada 1 pek je ikan masin tenggiri, rupanya ada 2 uolllss.  Jenuh nak perabiskan.  

Ammi buat juga teh o Biokenaf ni.  Asyiklah tengok iklannya lalu lalang di Facebook.  Disebabkan produk ni diformulasikan di Universiti Malaysia Kelantan, makanya ammi yakinlah nak beli.  Mestilah dah lalu proses R&D yang betul dan sempurna mengikut SOP.



Kebaikan teh Biokenaf.  Ammi tanya kat En. CGPT je.  

Mengurangkan berat badan:

Kandungan dalam teh Biokenaf membantu meningkatkan metabolisme dan mengurangkan selera makan, yang boleh membantu dalam proses penurunan berat badan

Mengawal gula dalam darah:

Teh ini membantu mengawal paras gula dalam darah, menjadikannya bermanfaat bagi individu yang menghidap diabetes atau berisiko menghidap penyakit tersebut.

Menurunkan kolesterol LDL:

Teh Biokenaf membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dalam darah, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Meningkatkan fungsi hati:

Teh ini juga membantu meningkatkan fungsi hati, yang penting untuk detoksifikasi badan, menurut biokenaf HQ.

Mengurangkan sakit sendi:

Teh Biokenaf dipercayai dapat membantu mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan keselesaan, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah sendi akibat berat badan berlebihan.

Bersifat anti-radang:

Teh Biokenaf juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan.

Harga sekotak ni boleh tahan juga.  RM76 untuk 10 sachet.  Jadi gunakanlah sebaiknya.  Kita ikhtiar je manalah tau lepas ni tak perlu dah makan ubat kolestrol.  Sakit lutut pun semakin ok.  Bila lutut tak sakit jimat lagi belanja sebab tak perlu nak makan bestfriend lagi dah. 

Post a Comment

7 Comments

  1. wah...dah beli...nanti dah habis minum share la feedback ye..

    ReplyDelete
  2. megi nak anak-anak memang berpisah tiada, asal lepas exam je mulalah rasa teringin nak mkn megi, skrg daktiga ada dua pilihan, megi dan wow spegeti, takyah tggu umie buat spegeti. bestnya opis bagi coti! wiii...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi Teh Daun Kenaf tu, bagaimana rasanya?

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba teh ni lagi.. tapi dah tahu pasal produk masa lawatan kerja luar di lembaga kenaf & tembakau kat kelantan last year.. dorang pun ada promote teh ni jugak.. ^^

    ReplyDelete
  5. Mahal jugak harganya tapi kebaikannya pun banyak, minum betul2 tau jangan buang2.

    ReplyDelete
  6. Byk manfaatnya ye
    Blh try ni
    Bila usia meningkat ni kan sendi2 pun sakit sana sini
    Nak lg kaki yg byk bergerak sana sini
    Tqq Amni for info

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak nampak lalu lalang dekat IG...nnt bagi feedback k...

    ReplyDelete