Ammi rasa jadual bulan Ogos kami di pejabat agak santai. Bila tengok calendar fizikal macam penuh tapi satu demi satu tarikh tu cancel. Ada yang postpone, ada yang tak jadi. Boss pun masuk kejap, pastu dalam sejam dua lepas settle kerja dia, dia balik.
Dan ayat boss sebelum balik pada hari itu adalah "you can go back early Shila".
Sungguh saya yang menurut perintah. Lelaju gi solat pastu pukul 2.30pm ko dah order grab. Tengok jadual waktu komuter, ada komuter ke Seremban pukul 3.45 petang di Kajang. Perjalanan MRT dari Phileo Damansara ke Kajang lebih kurang 50-55 minit.
Fuhhh sempat ke tak agaknya?
Sampai je Kajang, jam dah menunjukkan pukul 3.50 petang. Hmmmm dalam hati berkata mesti dah terlepas komuter, so ammi pun slowly gi toilet dulu, gi beli Twisties pastu barulah scan QR nak check in. Sekali masa turun escalator tu ehhhhh ada lagi komuter kat situ. Terus berlari. Masuk je dalam tren cun-cun pintu pun tutup. Perghhhhhh...rasa nak terlucut jantung.
Pergi mencari sayur-sayur untuk dibuat salad dan ulam.
Mencari juga Basil sebab nak buat pad kra pao. Pastu sampai di shelf alamakkkk banyaklah pulak basil. Ada herb basil, sweet basil, thai basil. Yang mana satu nak beli ntah. Tapi memandangkan kita nak masak lauk Thailand ammi pun dengan muka penuh yakin beli Thai Basil.
Pastu barulah tau dan perasan ada timun lain selain timun biasa dan timun jepun. Yelah wakkkk selalu kita beli sayur kat Family Store je. Ni tetiba gi Jaya Grocer macam-macam pesen sayurnya.
Pastu beli juga Romilino Cucumber. Size dia macam 3x size mini cucumber tapi pendek daripada timun jepun yang biasa tu.
Dalam rumah ammi semua orang suka makan dan ratah timun. Masa ammi kecikkan, ammi suka ambil timun arwah mama belah 4 pastu letak garam kat tapak tangan, cicah dan makan. Kadang-kadang mama nak masak ehhhh hilang timunnya.
Beli juga rolled oats dan chia seed untuk bekalan di office yang dah nak habis.
Sekarang ni ammi bawa salad ke office sebab rasanya ammi perlu tukar cara ammi diet. Sekali-sekala baru minum protein shake.
5 Comments
syok bila bos kata bole balik awl tu
ReplyDeleteBaik betul boss Ammi. Bila boss dah bagi green light, ayuhlah kita pulang segera. Laju menurut perintah. Sampai awal, dapatlah shopping sikit kan. Tulah tu, kadang nak beli banyak pilihan. Suka ke Jaya Grocer kalau nak beli sayur dan buah yang rare sikit. Puas hati elok. Baguslah macam tu suka makan sayur, eh ke timun ni buah ek. Tapi yang kurang eloknya makan dengan garam tu. hihi...
ReplyDeleteMemangg yg dinanti la bila boss suh blk awal he hee
ReplyDeleteMcm2 kita ni agenda blh buat
Kadang2 tu ini la masa blh shopping brg dapur
Seronoknya kerja macam Ammi ni. Boleh balik awal dan kadang WFH. Kita pun suka tengok timun kecik² tu.
ReplyDeleteBestnya bila boss kata boleh balik awal. Kalau ahkak emm memang caalibut cepat jo. hehehehe
ReplyDelete