Minggu lepas ammi rasa macam ada extra kerajinan diawal pagi. Terjaga pukul 4.30pagi. Selalunya ammi akan sambung balik tidur sampai pukul 5 tapi ntahlah, terbayang pulak muka kak SA pepagi. Kak SA boleh takkan ammi tak boleh.
Ha gitu....kau menghantui pagiku kak SA. Adakah aku diseru dari kejauhan?
Bangun jelah gi buat bekal.
Ada balance nasi dinner semalam, kita goreng je ala kadar. Goreng juga telur mata guna minyak gorengan ayam kunyit. Tu yang kuning je telur tu. Ini makanan ammi untuk lunch sebab ammi kan buat IF.
Disebabkan nasi yang digoreng tu tak pedas, kita gunting-gunting jelah cili padi sikit bagi rasa pedas masa nak makan tu karang. So, pagi Isnin nan indah tu, adalah sarapan buat kami sekeluarga. Wahhhhhh i'm soooo impressed with myself. Hahahha.
Hari Selasa tak ada makanan dari rumah. Tapi sebab awal pagi dah terasa lapar dan teringin nak makan kuih lopes, jadi kita beli je. Sebab kuih dah manis, air tu kosong je tanpa gula tapi ammi letak chia seeds.
Hari Rabu lepas Isyak ammi masuk dapur. Kononnya nak siapkan lauk gi buat bekal lunch esok. Beriya potong ubi, hiris, goreng. Tumbuk cili bagai dan tumis. Sekali bila nak ambil sardin, ehhhhh tak ada sardin. Yang ada mushroom soup, bolognese sauce. Hmmmmm terencat tau selera kita.
Sudahnya jadilah sambal belada kentang je, buat basah-basah sikit supaya senang ammi nak makan. Goreng juga ikan bilis kononnnya esok pagi baru nak gaul dalam sambal, tapi ahhh takyah. Kita asingkan terus. Buat telur dadar sikit. Jadilah lunch untuk ammi dan sarapan untuk abah.
Untuk Alip ammi buatkan je nasi goreng butter telur.
Baru 2 kali bawa bekal dah heboh kau ye Sharmila. Ammi rasa macam dah hampir 2 minggu tak minum shake. Ammi manjang je terlupa nak beli pisang. Bila minum shake tanpa pisang rasa macam kembung perut dek air je. Rasa tak puas gitu.
0 Comments