Ini kisah Jumaat lepas. Hari serba tak kena. Lepas gagal membeli apa-apa di Watson, kami tunaikan jelah apa yang wajib. First time ammi solat di Masjid Muhammad Al-Fateh di Forest Height, Seremban.
Selalunya ammi lalu je disini tapi Alhamdulillah kali ni dapatlah ikut sama berjemaah Maghrib.
Masjid baru. Kalau tak silap penghujung 2023 baru dirasmikan. Gambar ni ammi ambil di Google je...sebab tu cerah ahakss.
Selesai yang fardhu kami ke Senawang sebab nak makan sesama dengan kakak dan adik ipar. Ehhhh adik ipar ni boleh work from home di hari Jumaat tapi dia gigih balik kerja hari Khamis terus bawak kereta dari KL ke Seremban sebab nak work from her sister's house. Ahakss...janji kerja.
Kami terus je ke Kendong Char Kuey Teow di Senawang. Ammi kurang suka makan disini tapi yang lain nak datang sini jadi kita teruskan. Begitulah bila "sedap itu subjektif".
Ini sebenarnya menu yang paling awal dipesan tapi paling akhir sekali dihantar. Nak grill tu lama kan..
Ini Alip punya uollss...lain macam anak soleh ni punya order. Dalam kereta sibuk kata nak makan ayam penyet, sampai je tengok menu ehhh tukar pulak ordernya.
Ammi order nasi goreng chicken chicken fillet. Ammi minta nasi goreng tu dipedaskan tapi adik yang order kata "ini kids menu kak"... oh saya tak perasan perkataan kids disitu. Fahammmm tapi menu ni bukanlah dah siap jadi bolehlah diadjust ikut citarasa customer. Tapi kalau tak boleh tak apa...saya order yang lain aja. Tup tup adik ambil order tu kata boleh dipedaskan. Baikkkk kita proceed.
Tapi yang sampai memang tak pedas pun...its ok. Saya makan je dengan cili potong. Jangan banyak hallah kamu ni Sharmila!!
Anak buah ammi yang kononnya diet order "nasi goreng daging dengan sotong goreng selambak". Hmmmm ok...diet ehh.
Abah order kueh tiow goreng sotong selambak.
Kakak dan adik ipar share mi goreng sotong selambak. Apsal semua orang makan sotong ni? Confuse kita apakah hari itu hari sotong?
Selesai di sini dan dah alang-alang kita kat kawasan jajahan Senawangkan, marilah kita terus ke ST Rosyam Mart cari apa yang patut untuk majlis esoknya.
7 Comments
meriah menu sotong selambak tu ye,,ingt mkn menu char kuehtiaw dh nama tmpt tu nama camtu..rupanya pelbagai menu ada
ReplyDeleteBestnya, tengok sotong selambak. 😋
ReplyDeleteaku kalau teringin char kuey teow, memang ke sini la
ReplyDeleteIan & Iris suka nasi goreng kat sini
aci ek, jawab kat sini je....
aku gi sale watson hari khamis, balik keja..x ramai sgt la org tapi panjang barisan tu
bean Zuss..aku selalu pilih Lydia sbb x kuat sgt..yg strong tu Boss
Ian pun mcm Kyra..x minat nak keja bahagian F&B..tu yg dia gi aeon tu
dalam banyak yg diorder tu, bg saya nampak paling menyelerakan adalah mee goreng sotong selambak itu
ReplyDeleteMemang selambak betul ye sotongnya tu. Puas hati tu makan penuh pinggan.
ReplyDeleteOMG, sotong tuh menggoda betuuuuuul yaaa 😍😍😍😍😍😄. Porsi banyaaak pulaaaa.
ReplyDeleteMantaaap dimakan dengan char kwe tiaw 👍👍.
Naah nasi goreng kalo tak pedas memang kurang lah. Tapi kebanyakan seller, selalu KSH cabe potong kalo kita nak pedas.
Etuza sangat suka melihat Masjid..duduk dalam masjid sangat tenang dan selamat..apapun tergoda makanan sedap juga tau
ReplyDelete