Makan malam di Selera Tok Abah

Kejadian ni sebelum Khilfi balik berPDPR selama seminggu.  Hari Khamis tu abah sibuk dengan urusan kerja jadi tak sempat masak.  Ngaaak apa-apa.  Kita makan aja diluar.

Malas nak pergi jauh jadi kita pergi yang dedekat je.


Sizzling chicken with rice.


Mi Kuah Kelantan kata menu.  Sedap.  Sama rasanya macam mi sup yang selalu ammi order masa di rumah KL dulu.


Abah order sup perut.  Abah kata sedap juga.

Tapi untuk yang tak berapa suka masin mungkin akan kata masin...tapi ammi suka je kalau lauk tu cukup rasa masin dalam masakan.


Inilah Tok Abahnya.  


Antara sup yang ada


Hidangan lain yang ada.

Kat sini ada few other kiosk.  Ada sate, kedai sizzling tu.  Ada kedai burger juga kalau tak silap ammi.  

Boleh ke nak repeat?  Boleh sangat ditekak ammi.  Ni ammi macam terbayang-bayang pulak rasa mi kuah tu.  Hmmmm agak-agak abah kita yang kat rumah tu masak tak harini?

Harini Isnin (25/8/2025).  Patutnya abah kena hantar Khilfi balik ke asrama selepas hampir 9 hari berPDPR di rumah.  Tup tup hari Sabtu haritu badan dia naik bintik-bintik macam campak.  Tapi dia tak demam.  Ammi sapukan ubat gatal.

Pagi tadi abah bawa di ke Klinik Kesihatan, doctor buat ujian darah sebab doctor kata nampak macam chicken pox tapi dia tak demam.  Ujian darah pun takde tunjuk apa-apa yang meragukan tapi bukan chicken pox dan doctor diagnosed as "scabies".  Auwwww.  Orang lain dalam rumah elok je tak kena tetiba dia pulak yang kena.  Ini menakutkan sebab scabies boleh merebak.

Post a Comment

4 Comments

  1. Nampak sesedap semuanya.
    Kat sini pun ada nama restoran to abah. Tapi orang lainlah.

    ReplyDelete
  2. Semoga Khifli cepat sembuh ye. Semoga scabiesnya tidak merebak. Sedap pula nampak sup perut tu

    ReplyDelete
  3. Wajah tok abah nya mcm bekas polis dgn misai dia hihii.. sedap sedap nampak makanan nya.. ☺️👍🏻

    ReplyDelete